Anda gemar berparti dan menghadiri acara-acara glam? Sesungguhnya, pakaian yang sesuai dan menyerlah haruslah berpadanan dengan acara yang dihadiri bukan? Tidak hanya sekadar gaya pakaian yang dikenakan perlu diambil kira, malah aksesori seperti tas tangan dan sepatu juga mampu membuatkan orang yang memandang anda tidak berkelip!
Kepada fashionista diluar sana! Ini dia koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015 dari Repetto HARLEQUIN! Tampak ringkas sekaligus bergaya. Nama “HARLEQUIN” diilhamkan berdasarkan corak klasik berbentuk berlian yang ada pada rekaan kasut istimewa ini.
Kemasan material yang bersulam dengan benang metalik warna-warni membuatkan rekaan ini lebih ekslusif dan elegan.
Terdapat dua rekaan utama bagi Repetto HARLEQUIN untuk wanita iaitu kasut tumit tinggi Harlequin Baya T-strap dan kasut bertumit rata Cendrillon.
Keduanya boleh didapati dengan harga RM 1,090 bagi kasut bertumit rata Cendrillon dan RM 1,490 bagi kasut tumit tinggi Harlequin Baya T-strap.
Jika anda berminat, anda boleh dapatkannya di rangkaian butik Repetto Pavilion Kuala Lumpur beralamat Lot 3.43.00 Level 3 Pavilion KL. Tel. 03 2141 2784. Ayuh! Apa tunggu lagi!