Ungkapan “a picture worth a thousand words” sudah cukup untuk menggambarkan betapa sesebuah foto itu amatlah berharga kerana mampu memberi sejuta makna.
Bagi individu yang gemarkan aktiviti fotografi, sudah pasti mereka sangat arif dalam menilai nota keaslian dan nilai estatik yang terkandung dalam sesebuah illustrasi, walaupun pada asalnya ia adalah hasil daripada teknik fotografi yang bersahaja.
Diatas sambutan yang memberangsangkan pada musim yang pertama, baru-baru ini, acara gilang-gemilang pertandingan fotografi Photo Face-Off telah kembali untuk musim yang kedua anjuran dan kerjasama oleh Canon PhotoMarathon dan saluran rasmi Photo Face-Off iaitu Astro HISTORY™.
Musim kedua ini akan diserikan dengan kemunculan jurugambar profesional diminati ramai, Justin Mott dan barisan 16 jurugambar amatur yang berasal dari enam buah negara seluruh Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kesemua mereka berlumba mengejar kejuaraan untuk dinobatkan sebagai jaguh Photo Face-Off musim kedua!
Disamping itu, untuk makluman kepada para pencinta seni fotografi, anda boleh meluangkan masa bagi mengamati hasil karya istimewa yang tidak pernah dilihat sebelum ini oleh jurugambar tersohor Justin Mott bersama tiga lagi jurugambar Malaysia. Acara pameran berkenaan akan berlangsung di aras bawah, Galeri Membeli-belah Publika dari 14 hingga 22 September 2015.
Kesemua karya yang dipamerkan adalah berlandaskan kreativiti dan bakat jurugambar tersendiri dimana mereka telah diuji berdasarkan tiga kaedah teknik fotografi mencabar iaitu kelajuan, tema dan ekstrem.
Photo Face-Off musim kedua bakal ditayangkan kepada para penonton mulai 22 September, jam 10pm, hanya di Astro HISTORY™, saluran 555 dan HD 575.