Minggu ini, syarikat gajet dan teknologi tersohor dunia, Apple dijangka memperkenalkan beberapa produk baru disamping pengenalan iPhone 6S. Salah satunya adalah berkemungkinan iPad Pro salah satu tablet yang memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan membawakan skrin berukuran 12.9-inci.
iPad Pro ini bakal mengguakan iOS9, dan dijangka dijual bermula daripada bulan November kelak di Amerika Syarikat dan mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum hadir ke pasaran tempatan.
Dengan menggunakan perisian iOS 9, ia turut akan menyokong kebolehan menjalankan dua aplikasi pada satu skrin melalui fungsi ‘split-screen’. Ia dikatakan iPad pro pada masa yang sama mampu menyokong bagi menjalankan dua aplikasi serentak pada paparan saiz penuh berikutan saiz tablet yang agak lebar berukuran 12.9-inci itu.
Dengan skrin dan penggunaan tenaga yang lebih banyak, tablet ini dikhabarkan akan menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa daripada Apple.
Apple bakal menawarkan gajet tersebut dalam pilihan storan bermula 64GB disamping menawarkan alat pena satu sentuhan ‘stylus’ dan papan kekunci sebagai aksesori tambahan bagi setiap unit.
Untuk menguarkan berita gembira ini, Apple turut akan mengadakan acara pengumuman mereka pada 9 September ini dan sekaligus menyiarkan sesi pengumuman secara langsung melalui web rasmi mereka.
9to5mac.com