Saban hari tak henti-henti televisyen menayangkan iklan syampu. Pelbagai jenis syampu yang memenuhi ruang pasaran bukan? Tapi, apa sahaja yang kita tahu tentang syampu sebenarnya?
Bagi orang yang tidak berfikir panjang, mungkin syampu adalah sekadar cecair pekat yang digunakan keatas rambut tatkala kita mandi. Oleh itu, untuk pengetahuan anda semua, selain melembutkan rambut dan membuat rambut kita berbau harum, terdapat banyak perkara yang dapat anda lakukan dengan menggunakan syampu. Ya, syampu! Tak percaya? Jom kita lihat!
1. Membersihkan berus solek
Alat solek sememangnya memberi impak perubahan yang besar kepada diri seseorang. Selain menaikan seri muka, anda juga perlu menjaga kebersihan alatan yang anda gunakan untuk bersolek. Sekurang-kurangnya, cuci berus solek anda sebulan sekali agar kuman dan bakteria yang mengundang jerawat pada muka tidak membiak dicelah-celah berus solek anda.
2. Mencuci pakaian yang mudah rosak
Ha! Yang ini mungkin akan menjimatkan duit anda daripada dibelanjakan untuk menghantar baju di dobi semata-mata bagi mendapatkan khidmat cucian kering. Syampu kan ada!
3. Menghilangkan kotoran kecil pada baju
Apa? Ada kesan gincu pada pakaian anda? Usah risau kerana syampu dapat membantu. Hanya perlu sapu cecair pekat syampu di kesan gincu berkenaan, kemudian masukkan ke dalam mesin basuh dan dicuci seperti biasa.
4. Menghindarkan cermin di bilik mandi anda menjadi berkabus
Sungguh menjekelkan apabila ingin melihat muka di cermin bilik air tetapi refleksi wajah ada pada cermin tidak kelihatan jelas. Tak perlu susah-susah, ambil sahaja kain kering bersih, tuang sedikit syampu diatas kain dan lapkan ia pada permukaan cermin. Terbaik!
5. Mencukur bulu kaki
Anda kehabisan krim mencukur. Guna sahaja syampu sebagai ganti krim mencukur. Sebagai hasil, kaki anda akan nampak halus dan bersih seperti bintang filem Hollywood!
6. Mengilatkan kasut
Tips ini sangat berguna untuk kasut kulit, jika kasut kulit kesayangan anda nampak kusam, sapukan sedikit syampu pada permukaan kasut berkenaan. Ianya akan nampak seperti sepasang kasut kulit yang baru!
7. Membersih pinggan kotor
Syampu dicipta dengan kondisi kandungan yang tidak merosakkan kulit, tidak seperti kebanyakan sabun pencuci yang banyak mengandungi bahan kimia. Jadi, kalau inginkan permukaan tangan yang lembut, cucilah pinggan mangkuk kotor dengan syampu ya!
Selamat Mencuba!