Disney! Cukup sinonim dengan kanak-kanak dan animasi klasik Mickey Mouse. Peredaran zaman membuatkan syarikat penyiaran Disney Channel Southeast Asia bertanggungjawab dalam menyajikan kumpulan program dan rancangan terbaik kepada para penonton disekitar Asia Tenggara meliputi Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Brunei, Palau, Papua New Guinea dan Filipina yang terdiri daripada golongan kanak-kanak bagi terus memonopoli kumpulan sasaran berkenaan.
Kini sebuah filem musikal baru bakal ditayangkan di Astro Disney Channel saluran 615 yang menarik khas buat mereka yang meminati watak-watak Disney klasik seperti Maleficent, Cinderella, Sleeping Beauty, Mulan dan ramai lagi!
Apa yang membuatkan filem musikal ini unik adalah ia bukan filem yang mengetengahkan jalan penceritaan seperti dalam filem Disney Princess atau legenda klasik Disney yang pernah kita tonton sebelum ini, kerana filem Descendants mengisahkan kehidupan waris-waris kepada legenda klasik terkenal itu disamping menerapkan nilai moral yang bertemakan keyakinan diri, kecantikkan keperibadian, tanggungjawab, keadilan, kerjasama dalam pasukan dan empati.
Kalau anda nak tahu bagaiman rupa dan sifat anak perempuan kepada Fairy Godmother, Princess Aurora, Mulan dan Anak lelaki Cinderella yang kacak sambil dihiburkan dengan persembahan mengagumkan daripada barisan pelakon handalan yang membintagi filem ini, jom tonton Filem Descendants yang akan menemui anda di kaca televisyen pada 13 September ini, jam 11 pagi hanya di Astro Disney Channel saluran 615!