Kehidupan seharian masa kini kian mencabar. Apabila berkata tentang kecekapan, tak semua yang dapat kita lakukan dalam masa yang sama.
Dengan adanya ciptaan teknologi terkini seperti Galaxy Tab S2 daripada Samsung, semuanya dapat dilakukan sekelip mata. Dari membaca, menonton video, melayari internet, melakukan pelbagai tugasan secara elektronik dalam satu masa yang sama, pasti inovatif ini sangat membantu.
Samsung Malaysia Co. Ltd. sentiasa peka dalam memberi pilihan alat teknologi yang pelbagai sesuai dengan kehendak pasaran dan sentiasa memberi kemudahan yang sempurna kepada para pengguna.
Kalau anda adalah seorang yang sangat sibuk dan terikat dengan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa, pasti gajet seperti ini yang anda cari!
Terdapat sembilan fakta yang perlu anda tahu mengenai Samsung Galaxy Tab S2.
- Mudah alih dan sesuai untuk dibawa kemana-mana
Tidak telalu besar seperti komputer riba dan tidak terlalu kecil seperti telefon pintar. Itu dia keistimewaan yang ada pada Samsung Galaxy Tab S2 ini. Saiznya yang sempurna berukuran 9.7-inci dan 8.0-inci. Kedua-dua pilihan tablet itu adalah antara tablet yang paling nipis dan ringan dalam pasaran. Selain senang untuk dibawa kemana-mana, ianya agak senang bagi anda untuk memuatkan tablet tersebut walaupun di dalam tas tangan yang kecil.
- Lebih cekap
Samsung Galaxy Tab S2 juga sesuai untuk kerja-kerja produktiviti yang memerlukan kepantasan. Ia dilengkapi dengan perisian MS Office Solution yang membolehkan mencipta dan menyunting apa-apa dokumen yang anda mahukan dalam masa yang singkat. Ya, dan pengurusan masa adalah sangat penting!
- Sesuai digunakan untuk kerja-kerja membaca
Paparan Super AMOLED yang luar biasa dapat memberi keselesaan kepada pengguna yang inginkan suasana yang lebih realistik seolah-olah sedang membaca surat khabar ataupun majalah secara nyata. Teknologi paparan Super AMOLED direka khas untuk pengguna yang suka membaca kerana mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk skrol laman yang sedang dilihat berulang kali. Mudah!
- Mampu melakukan pelbagai perkara dalam masa yang sama
Diantara misi utama Samsung Galaxy Tab S2 adalah untuk membolehkan para pengguna mengendalikan beberapa aplikasi dalam satu masa yang sama.
- Kamera yang terbaik untuk semua keadaan cahaya
Berbeza dengan keluaran yang terdahulu, Samsung Galaxy Tab S2 sedaya-upaya telah membaik pulih teknologi kamera yang sedia ada dengan peningkatan kemasukan 35% cahaya kedalam kanta kamera. Ini dapat menghasilkan kualiti gambar yang lebih terang dan jelas walaupun berada di tempat yang kurang cahaya.
- Menghasilkan kesan gambar yang lebih menawan
Kadang-kala apabila kita membeli pakaian daripada butik alam maya atau ‘online shop’, barang yang kita dapat kemudian itu tidak seindah rupa sebagaimana yang kita lihat di dalam laman web berkenaan. Nah, ini dia teknologi Super AMOLED yang menghasilkan gambar hebat seakan realistik.
- Kepantasan yang tiada batasan
Dengan adanya dua antena Wi-Fi, kelajuan dapat disegerakan, sambungan rangkaian atau ‘network connection’ menjadi lebih pantas. Tambahan pula, anda boleh muat turun Booster dari tablet yang menggunakan teknologi Bonding Smart, lancar menggabungkan Wi-Fi dan LTE untuk kelajuan rangkaian lebih cepat apabila anda memerlukan kelajuan yang lebih efisyen.
- Kemudahan tanpa wayar dan kabel
Sebagai satu gajet berteknologi tinggi, Samsung Galaxy Tab S2 juga membekalkan pengguna dengan teknologi BLE (Bluetooth Low Energy) yang membenarkan anda untuk menghubungan tablet dengan alatan teknologi yang lain seperti telefon pintar dan televisyen. Selamat tinggal kabel dan wayar yang mudah tersimpul!
- Memperkuatkan keselamatan dengan sistem cap jari
Apa gunanya jika gajet berteknologi tinggi seperti Samsung Galaxy Tab S2 ini tidak disertakan dengan sistem keselamatan yang terbaik. Oleh itu, sistem pengenalan cap jari diperkenalkan kerana kata laluan kadang-kala menyukarkan kita sebagai pengguna.
Samsung Galaxy Tab S2 ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan perak metalik. Untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut, anda boleh layarai laman sesawang rasmi Samsung Malaysia di www.samsung.com.