Kepada shopaholic diluar sana! #MYCYBERSALE bakal kembali untuk tahun ini!
#MYCYBERSALE adalah inisiatif yang dilakukan oleh Digital Malaysia dan Badan Pengembangan Multimedia (MDEC) sejajar dengan tujuannya untuk memangkin pertumbuhan industri perniagaan secara eletronik atau eCommerce.
Selain itu, #MYCYBERSALE punyai niat untuk meningkatkan hasil perolehan selain menyeru pengiat SME untuk turut serta dalam acara tahunan keusahawan yang gilang-gemilang itu.
Dilihat individu masa kini yang lebih cenderung untuk melakukan belian atas talian, tahun lepas, #MYCYBERSALE berjaya meraih kutipan yang sangat memberangsangkan bernilai RM67 juta daripada 227,000 transaksi yang berjaya dengan peningkatan sebanyak 200% pada trafik dalam talian seperti yang dilaporkan oleh para penjual atas talian yang terlibat dalam acara berkenaan.
Benar, memang rakyat Malaysia gemar membeli-belah, lebih-lebih lagi diatas talian. Selain mudah dan tidak perlu berhabis tenaga, membazir petrol meredah lautan kenderaan di jalan raya, pilihan untuk membeli-belah diatas talian adalah sangat tepat dan berbaloi.
Ambillah seberapa banyak masa yang anda perlukan untuk melihat barangan kegemaran anda sambil membuat pilihan daripada berjuta seleksi yang terdapat dalam jualan atas talian kerana ianya tidak mempunyai batasan mahupun had. Anda bisa melakukan pembelian dimana jua anda berada tanpa mengira masa. 24/7!
#MYCYBERSALE 2015 menerima lebih 400 penyertaan daripada ramai usahawan moden yang menjalankan perniagaan atas talian seluruh Malaysia termasuk yang diluar semenanjung Malaysia seperti Sabah dan Sarawak.
Apa yang lebih menyeronokkan, tawaran yang ekslusif dan lebih menarik seperti potongan harga sehingga 90% akan diberikan keatas kebanyakkan produk dan barangan pilihan seperti keperluan bayi, kelengkapan rumah, barangan elektronik, buku- buku, pakaian dan termasuklah pakej percutian.
Jom muat turun aplikasi #MYCYBERSALE pada telefon pintar anda dan rasai nikmat membeli-belah secara atas talian tanpa batasan disamping berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang hebat bernilai lebih RM50,000!
Diingatkan kepada anda, #MYCYBERSALE akan berlangsung dari 28 September hingga 2 Oktober 2015 ini! Simpan duit banyak-banyak okay?