Sudah bosan dengan gaya feminin wanita melayu terahir?
Tidak semestinya apabila kita mengenakan pakaian ala maskulin itu kita akan nampak seperti lelaki. Boyfriend jeans sememangnya merupakan satu trend yang hangat untuk tahun 2015!
Gaya boyfriend jeans yang nampak agak ‘shabby’ dan ‘baggy’ adalah terbaik untuk anda yang sukakan gaya maskulin tetapi masih dapat menerapkan ciri-ciri kewanitaan dalam gaya berfesyen.
Nampak bersahaja, sekaligus akan membuatkan gaya anda lebih menarik dan umph!
Ini dia tips bagaimana cara yang genius untuk mengenakan boyfriend jeans secara kreatif!
1. Formal Di Atas & Santai Di Bawah
Salah satu cara terbaik untuk bereksperimentasi dengan boyfriend jeans agar ia tampak seperti gaya separa formal adalah dengan memadankannya dengan blazer!
2. Gaya Ala Askar
Untuk menambahkan ciri-ciri gaya maskulin pada cara pemakaian boyfriend jeans, anda boleh juga mengenakan jaket ala askar seperti di dalam gambar! Untuk aksesori pula, pastikan ia minimalis dan tidak terlalu sarat. Cukup sekadar tas tangan bersaiz genit dan kasut tumit tinggi bertutup.
3. Kasual dan Simple
Nak nampak seperti model yang baru pulang dari photoshoot dengan gaya yang lebih kasual dan bersahaja, cubalah padankan boyfriends jeans anda dengan baju T polos rona gelap sambil dimasukkan kedalam bersama sehelai jaket hitam. Untuk rambut, anda boleh mengikat sanggul simple atau messy bun yang pasti memberi karakter pada gaya anda. Anda pasti jatuh cinta dengan gaya ini!
4. Unik dan lain dari yang lain
Nak nampak unik? Selalunya orang akan memilih gaya boyfriend jeans yang nampak lusuh, apa kata jika anda cuba untuk memecah tradisi boyfriend jeans dengan mengenakan boyfriend jeans yang lebih gelap warnanya. Di tambah pula dengan pemakaian kasut sneakers. Anda tentu kelihatan seperti Cara Delevingne!
5. Kelimkan Hujung Jeans
Selalunya saiz boyfriend jeans agak besar dan panjang, oleh itu, kelimkan sedikit di bahagian hujung kaki jeans agar nampak lebih fashionble! Padankan pula dengan jaket panjang atau trench coat! Memang anda akan digelar gadis New York!
6. Gaya Versatile!
Untuk gaya yang lebih versatile, gayakan boyfriend jeans kegemaran anda bersama baju panas atau sweatshirt berona. Sebagai bonus, sarungkan kalung yang agak menonjol seperti ‘statement necklace’ di dalam gambar. Anda siap untuk ke acara santai hari minggu bersama kenalan anda!
7. Koyakkan Ia
Ha! Gaya ini lebih trendy! Kalau anda sukakan gaya yang lebih kasar dan nampak rock! Anda boleh cuba mencarik atau koyakkan bahagian depan kaki boyfriend jeans anda. Memang nampak pelik sedikit, tetapi kalau anda konfiden dan berani mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya?
Selamat mencuba gaya gadis maskulin ini! Kalau anda berani gayakan Boyfriend Jeans seperti diatas, tahniah! Kerana anda memang Fashionista sebenar!