Bagi pihak Danone Dumex, kami ingin memaklumkan bahawa Dugro telah melancarkan kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’ bersama cef selebriti Anis Nabilah untuk menekankan pentingnya nutrisi kanak, bagi menginspirasikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kempen ini bermula pada Ogos 17 dan akan berakhir Oktober 18.
Sebagai salah satu program kempen ini, Anis Nabilah telahpun mencipta tiga resepi menarik seni makanan Dugro, dan menjemput ibu-ibu di Malaysia untuk menjadikan masa makan lebih menarik dan berkhasiat untuk anak mereka.
Dugro® mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan:
- Roadshow ‘Dunia Lebih Lagi Nutrisi dengan Dugro®’ di seluruh negara akan berlangsung di lebih daripada 50 lokasi di seluruh Malaysia dan memaparkan permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis!
- Roadshow ini juga akan memaparkan promosi eksklusif – dapatkan koleksi Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dengan setiap pembelian dua pek 900g Dugro® 5 NUTRI! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Di samping itu, petak berasingan di dalam bekas itu juga boleh digunakan untuk menghidangkan makanan dengan cara yang kreatif.
- Dari 31 Ogos hingga 11 Oktober, ibu-ibu juga berpeluang menyertai ‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di mana mereka boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan idea seni makanan sendiri dan memenangi hadiah-hadiah hebat! Ambil gambar karya seni masakan anda itu dan muat turunkan gambar tersebut pada halaman Facebook Dugro®, facebook.com/DumexDugro.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® dan Kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.