Syarikat pengeluar permainan kanak-kanak termuka LEGO yang berpangkalan utama di Billund, Denmark, telah diterajui lebih 83 tahun.
Permainan yang dikeluarkan oleh LEGO bukan sahaja unik malah telah menjadi sesuatu yang sangat istimewa kerana dalam pada masa yang sama memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang bermain dengan permainan rekaan mereka untuk menjadi penyumbang kepada sektor seni bina di masa hadapan melalui cara kreatif yang menyeronokkan seperti bermain sambil belajar.
Permainan binaan yang berbentuk batu-bata dan blok itu bukan sahaja mendapat perhatian kanak-kanak seawal umur 6 tahun malahan juga ada diantara kaum dewasa yang gemar menyimpan dan tidak kisah berhabis wang ringgit demi membeli set-set LEGO tertentu untuk menambah rangkaian koleksi LEGO mereka.
Berita istimewa untuk peminat tegar LEGO dan ibu bapa sekalian!
Bulan ini the Curve dengan kerjasama LEGO Malaysia membawakan anda dengan rangkaian terkini siri permainan Ninjago™ Masters of Spinjitzu!
Khas buat peminat watak Ninjago™, terdapat banyak aktiviti menarik menanti anda seperti permainan menyeronokan, persembahan menarik, teater mini melibatkan karakter dan watak watak utama Ninjago™ Masters of Spinjitzu dan banyak lagi!
Sekarang, anda boleh mendapatkan siri set permainan LEGO Ninjango Temple of Airijitzu di acara LEGO Ninjago™ Battle Dojo mulai 16 September ini di pusat membeli-belah the Curve. Sehingga stok masih ada!
Selain itu, kepada sesiapa yang membeli-belah di mana-mana kedai yang berada di dalam the Curve berjumlah sebanyak RM200 juga berpeluang untuk menebus produk Lego di pintu masuk acara. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jom beramai-ramai, sertai acara istimewa seumpama ini di Concourse Level, the Curve, 10 pagi hingga 10 malam yang akan berlangsung selama hampir dua minggu dari 16 September hingga 27 September.
Nota: Kai dan rakan-rakan perlukan bantuan anda semua untuk menentang kejahatan Morro! Ayuh, kita gabungkan kuasa Ninja!