Telah tiba masasnya untuk menyelesaikan dilema bagaimana untuk mengekalkan seri kulit dan pada masa yang sama mendapat liputan bedak asas dengan Krim Enamel Radiant Compact Foundation SK-II dan Artisan Perfecting Brush – memberikan kulit berseri dan lembap dengan hanya satu sapuan.
Seringkali wanita mengalami masalah memilih antara seri dan liuputan bedak asas. Bedak asas baru serta berus ini berfungsi secara harmoni untuk memberi kesan yang tanpa cela dan meningkatkan seri kulit dengan segera.
Krim Enamel Radiant Cream Compact
SK-II bekerja keras untuk muncul dengan inovasi menjangkaui jangkaan tradisi terhadap bedak asas. Dibangunkan dengan formula baru untuk mengekalkan kulit lembap di dalam dan luar, bedak asas ini bertindak untuk mendapatkan seri terbaik untuk kulit.
Ia mengandungi PiteraTM 1 dan SPF30, bedak asas ini bukan sahaja memberi liputan yang meluas – malah ia melembap dan melindungi kulit. Seperti masker, bedak asas ini membantu mengunci manfaat PiteraTM untuk mengekalkan kulit sentiasa lembap.Formulasi unik ini mempunyai tiga lapisan, setiap satu direka untuk memain peranan meningktkan serta menjaga kulit serta mudah diadun dengan kulit.
Artisan Perfecting Brush
- Dihasilkan berasaskan Analisis Berus Teknikal
- Lebih 70,000 berus halus untuk setiap alat.
- Berus adalah padat tetapi lembut dan bertindak lembut pada kulit.
- Lengkungan unik pada berus untuk mengikuti lengkungan muka dengan baik.
- Tiada teknik sukar yang diperlukan: hanya berus secara membulat di atas muka untuk menaikkan seri wajah.
- Hanya 1 sapuan menggunakan Artisan Perfecting Brush mencukupi untuk meliputi separuh wajah.
SK-II Artisan Perfecting Brush dan Krim Enamel Radiant Cream Compact akan menjadikan kulit berseri dan bebas cela. Berus akan memberi liputan ke atas sebarang cela termasuk pori kulit besar tanpa kesan sapuan yang terlalu berat.
Apabila digunakan bersama SK-II Facial Treatment Essence, PiteraTM Layer Effect (serupa dengan kesan berlapis) diperoleh – ia meningkatkan seri kulit dan ketelusan cahaya.
Dengan menggunakan SK-II Facial Treatment Essence sebagai langkah pertama penjagaan kulit, dan SK-II Enamel Radiant Cream Compact Foundation sebagai langkah akhir, tekstur kulit akan menjadi leih baik bagi mendapatkan kesan akhir yang diingini.
Bawa pulang kombinasi SK-II Enamel Radiant Cream Compact Foundation dan SK-II Artisan Perfecting Brush serta terokai kulit yang lebih lembap berseri. Boleh didapati di kaunter SK-II mulai 15 September 2015.
SK-II Enamel Radiant Cream Compact Foundation (didatangkan dalam 4 tona) dengan Artisan Perfecting Brush berharga RM320.