ZALORA, destinasi fesyen dalam talian di Asia mengumumkan kerjasama dengan peruncit fesyen terkemuka, Wing Tai Retail, untuk membawa jenama fesyen British TOPSHOP di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan. Manakala, TOPMAN pula di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.
Terkenal dengan memperjuangkan gaya terbaik British, TOPSHOP dan TOPMAN akan debut di ZALORA dengan koleksi musim luruh/sejuk 2015. Koleksi TOPSHOP merangkumi gaya bohemian, 70-an yang diilhamkan mood dan ciri-ciri santai dalam pelbagai warna motif musim luruh dan musim bunga.
TOPMAN pula dipengaruhi oleh era 1990-an, trend dan gaya ketenteraan, pelancongan, penerokaan. Denim kekal sebagai bahagian penting dalam pelbagai gaya klasik mahupun kasual dan pakaian luar yang boleh didapati dalam warna dan fabrik baru.
Koleksi TOPSHOP dan TOPMAN masing-masing terdiri daripada 300 dan 130 helai, dengan harga bermula dari RM39.
Peminat fesyen kini boleh mendapatkan TOPSHOP dan TOPMAN pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui laman web dan aplikasi ZALORA (www.zalora.com.my) bermula 10 September 2015.