Koleksi Body & Bath Works yang baharu menampilkan haruman sensual inspirasi dari Pulau Tahiti, di mana udara laut yang segar memenuhi pantai pasir putih, ketagihan bau yang mampu membawa mimpi menjadi kenyataan.
Bath & Body Works inspirasi Pulau Tahiti ini menawarkan koleksi untuk badan, tangan dan juga dekorasi rumah. Untuk badan membawa campuran air kelapa, Tahitian vanilla musk dan kiwi blossom memberikan haruman seksi musim panas.
- Top: Pear Blossom, Mara Strawberry, Juicy Kiwi, Sweet Lemon, Honeydew Melon
- Mid: Sunkissed Daisies, Lily of the Valley, Golden Honeysuckle
- Dry: Coconut Orchid, Amber Woods, Cedar Wood, Sunshine Musk
Untuk koleksi tangan terdapat tujuh pilihan yang menampilkan haruman tersendiri. Antaranya Fiji White Sands, Blue Water Cove, Turquoise Waters, Tahitian Paradise, Island Pink Pomelo dan banyak lagi.
Menggunakan lilin untuk menyediakan lampu sementara untuk bilik tidur anda boleh menetapkan mood untuk bersantai dan keselesaan atau untuk suasana yang lebih romantis. Aroma menetapkan mood untuk berehat dan meditasi. Ianya mengeluarkan aroma yang boleh merangsang deria atau membantu anda tidur lebih baik. Ini antara pilihan dari Bath & Body Works yang mampu memikat deria bau anda, Island Tiare Flower, Sunset Beach, Coconut Vanilla, Ocean Driftwood, Black Sands dan pelbagai lagi pilihan lain.
Koleksi Meet Me in Tahiti boleh didapati untuk masa yang terhad di Bath & Body Works di seluruh negara.