Lazimnya, sudah menjadi keutamaan rakyat Malaysia untuk menjamu makan tengahari di warung atau gerai yang menyediakan hidangan lauk-pauk. Tidak kisah lah samaada kaum melayu, india mahupun cina, kita semua pasti mencari nasi untuk mengalas perut sebagai makan tengahari.
Tetapi kadang-kala, pasti diri inginkan sesuatu kelainan, maklumlah, kalau dah hari-hari asyik makan nasi jemu juga kan? Apa kata kali ini anda cuba beralih selera kepada hidangan makan tengahari yang baru daripada Kenny Rogers!
Baru-baru ini, Kenny Rogers ROASTERS memperkenalkan menu set hidangan makan tengahari yang lebih menarik, sedap dan jauh lebih murah harganya!
Disertai oleh semua restoran Kenny Rogers ROASTERS seluruh Malaysia, promosi Lite Up Your Lunch menawarkan set hidangan makan tengahari yang lengkap bermula pada harga RM15.90 yang termasuk minuman teh lemon ais ataupun air botol.
Kenny Rogers berusaha memenuhi permintaan dan selera pelanggan dengan hidangan menu yang sihat dan cuba memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati makan tengahari di restoran ayam panggang terkemuka itu dengan harga yang lebih berpatutan.
Ujarnya, set hidangan Simplelicious adalah khas buat mereka yang sedang berdiet terdiri dari roasted Quarter ala carte Chicken bersama satu hidangan sampingan yang boleh dipilih daripada variasi seleksi side dish yang terdapat di Kenny Rogers ROASTERS.
Buat mereka yang meminati sup! Set hidangan yang diberi nama Soupaholic sesuai untuk anda nikmati, lebih-lebih lagi apabila cuaca tengah sejuk. Ia dihidangankan bersama Quarter ala carte Chicken, bersama satu hidangan sampingan dan satu Country Style Chicken Soup.
Tidak dilupakan untuk mereka yang gemarkan kelainan dan suka mencuba rasa makanan baru, anda mesti cuba set hidangan Oiishi Teriyaki. Kenny’s Teriyaki Chicken Meal dihidangkan bersama Country-Style Chicken Soup!
Hidangan pasta Fiesta De Pasta pula boleh dinikmati pada harga RM25.90 sepinggan.
Kenny Rogers ROASTERS sentiasa menyediakan seleksi hidangan yang menarik khusus buat mereka yang gemarkan hidangan mewah tetapi sihat.
Tiada apa yang dapat menandingi rasa ayam panggang klasik Kenny Rogers sambil didampingi suasana yang tenang dan selesa di setiap cawangan restoran miliknya, ia pasti mengamit perasaan anda tatkala menikmati hidangan yang sedap lagi berkhasiat itu. Less Fat, Less Salt, Less Calories!
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan menu, sila layari laman sesawang Kenny Rogers ROASTERS Malaysia di www.krr.com.my.