Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Novartis Pharmaceuticals Seru Rakyat Malaysia Elak Penyakit Kegagalan Jantung

by Afiqah Syamin
September 17, 2015
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Kenyataan sebegitu sememangya kedengaran biasa dan kebanyakan diantara kita sebagai rakyat Malaysia masih tidak mengerti secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan penyakit jantung.

Baru-baru ini Novartis Pharmaceuticals, sebuah badan dan syarikat penggerak farmaseutikal antarabangsa yang berpangkalan di Basel, Switzerland itu telah mengadakan satu bengkel bagi menyampaikan ilmu kesedaran terhadap penyakit kegagalan jantung bertempat di Le Meridien Kuala Lumpur.

Pembantu Profesor University of Alberta, Justin A. Ezekowitz merangkap Pengarah Heart Function Clinic
Pembantu Profesor University of Alberta, Justin A. Ezekowitz merangkap Pengarah Heart Function Clinic

Turut hadir ke acara, Pembantu Profesor University of Alberta, Justin A. Ezekowitz merangkap Pengarah Heart Function Clinic dan Susanne Gruber, Ketua Bahagian Francais Cardio-Metabolik dan Pernafasan, Novartis Corporation Malaysia tampil memberi ulasan penerangan berkenaan penyakit itu.

Foto - The Pianoforte

Bukan Setakat Hilang Stress, Banyak Manfaat Pada Kesihatan Kalau Main Piano

December 18, 2020

Kesalahan Mengering Wajah Selepas Mencuci Mungkin Punca Kulit Bermasalah

November 1, 2020
Susanne Gruber, Ketua Bahagian Francais Cardio-Metabolik dan Pernafasan, Novartis Corporation Malaysia
Susanne Gruber, Ketua Bahagian Francais Cardio-Metabolik dan Pernafasan, Novartis Corporation Malaysia

Sejauh mana pengetahuan dan kesedaran anda berkenaan penyakit jantung? Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis penyakit jantung dan rata-ratanya boleh membunuh.

Penyakit kegagalan jantung bukanlah serangan jantung seperti yang anda semua fikirkan. Serangan jantung hanya berlaku jika salah satu pembuluh darah atau arteri di dalam jantung telah tersumbat. Malahan, penyakit kegagalan jantung juga bukan merujuk kepada ‘cardiac arrest’ kerana penyakit itu hanya berlaku akibat jantung secara tiba-tiba menghadapi kadar denyutan yang tidak selari.

Apa yang perlu anda tahu, penyakit kegagalan jantung atau ‘heart failure’ adalah sangat berbahaya kerana menyukarkan jantung untuk mengepam dan menyalurkan darah yang secukupnya ke seluruh tubuh badan manusia. Ia selalunya terjadi hasil daripada rentetan penyakit yang berkaitan dengan kardiak, umpamanya adalah seperti penyakit arteri koronari, penyakit injap jantung dan ketidakfungsian jantung.

struktur-jantung-manusia1

Dalam pada masa yang sama, penyakit kegagalan jantung inilah yang menjadi alasan utama mengapa terdapat puluhan ribu pesakit serangan jantung di Malaysia. Hari demi hari, semakin ramai individu yang hidup bertemankan jantung yang lemah. Ia menyerang tanpa mengira umur mahupun jantina dimana nisbahnya adalah 1 daripada 5 individu yang akan menghidap menyakit kegagalan jantung ini.

Seorang pesara, Encik Ravindra Dass merupakan bekas kakitangan kerajaan adalah salah seorang pesakit yang menghidap penyakit kegagalan jantung. Dia kini gigih berjuang untuk terus hidup demi menentang penyakit berbahaya yang dihadapinya itu.

IKLAN

Beliau yang juga berumur 80 tahun itu menyatakan, betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan seharian dimana dia perlu berulang-alik ke hospital hampir setiap minggu untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan rapi bagi mengubati penyakit yang dihuatiri dapat mengancam nyawanya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai simtom penyakit kegagalan jantung, antaranya:-

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Pembengkakan kaki akibat pengumpulan cecair
  • Keletihan yang melampau
  • Batuk atau semput
  • Mual
  • Kenaikan berat badan yang mendadak akibat cecair yang berkumpul di dalam badan

Kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga sedari awal sebelum apa-apa yang lebih serius berlaku. Sebagai seorang yang prihatin, kita harus lebih peka dengan kondisi diri kita. Jika terdapat apa-apa perubahan pada keadaan badan, kita tidak boleh terus berdiam diri, sebaliknya harus terus berjumpa dengan doktor atau yang pakar bagi mengetahui situasi kesihatan kita yang sebenar.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelak daripada diserang penyakit kegagalan jantung?

  • Makan secara sihat
  • Bersenam selama 30 minit sehari
  • Segera berhenti merokok, bagi yang merokok
  • Dapatkan pemeriksaan kolestrol dan kadar tekanan darah secara teratur

Untuk Maklumat yang lebih lanjut mengenai kempen kesedaran Keep It Pumping anjuran Novartis Pharmaceuticals ini, sila layari www.keepitpumping.com

11863285_914993018567758_2917054621449809774_n

Ayuh, sahut cabaran Novartis Pharmaceuticals “KEEP IT PUMPING!”

Sayangi Jantung Anda kerana anda mampu mengubahnya!

Tags: #KeepItPumpingjantungKeep It PumpingKempen KesedarankesihatanNovartis PharmaceuticalsPembunuh Nombor 1 Di Malaysiapenyakit jantungPenyakit Kegagalan Jantung
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.