Pemilihan pakaian yang bersesuaian akan memberi keselesaan yang maksima kepada si pemakai. Oleh itu, kalau nak selesa, kita mesti tahu jenis pakaian yang bagaimana sesuai untuk dipakai atau digayakan berdasarkan aktiviti harian kita.
Kalau nak bersukan, jenama terkenal yang selalu menjadi pilihan adalah Nike dan Adidas.
Lalu, bagaimana pula pakaian yang sesuai buat si dia yang gemarkan aktiviti lasak tetapi dalam masa yang sama ingin mengetengahkan penampilan ala santai atau ‘smart casual’ ?
Buat anda yang punyai hobi mengembara, sukakan gaya kasual dan tahan lasak, ini dia rangkaian koleksi Crosstown Luruh/Sejuk 2015 baharu oleh jenama fesyen ‘outdoor’ antarabangsa terkemuka, Timberland!
Koleksi baharu daripada Timberland ini sememangnya serasi untuk lelaki dan wanita yang mahukan sesuatu kelainan dalam cara pemakaian mereka disamping menambah koleksi kepelbagaian pakaian yang telah sedia ada di dalam almari!
Evolusi koleksi Crosstown musim Luruh/Sejuk 2015 ini dilancarkan adalah bagi memberi opsyen pilihan yang lebih banyak kepada para pengguna dan peminat fesyen agar mereka tetap kelihatan manis dan macho walaupun pada musim peralihan antara Luruh (September) yang sedang berlangsung kini dan Sejuk pada bulan Disember yang akan tiba tidak lama lagi.
Selain rekaannya yang bertepatan dengan peredaran zaman, kebanyakan rekaan turut bersifat mesra pengguna kerana menggunakan fabrik dan material yang ringan. Seperti rekaan sepatu Revenia Chukka daripada Timberland ini, ia diperbuat daripada material ala baldu kalis air. Senang untuk dipakai bila-bila masa dan dimana jua!
Kalau anda nak tahu, koleksi Crosstown ini juga sangat sesuai untuk digayakan sebagai pakaian kerja yang kasual khas buat anda yang gemarkan fesyen simple! Asalkan anda tahu menggayakannya dengan betul, meskipun juga dengan teknik suai padan mix and match! Anda pasti kelihatan hebat!
Untuk melihat katalog fesyen dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Koleksi Crosstown Luruh/Sejuk 2015 daripada Timberland, sila layari www.timberland.com.my