Okay semua comel sangat!
LINE, peneraju platform kehidupan terkemuka di dunia, hari ini melancarkan set pelekat terbaharu, “LINE X UNICEF: Edisi Khas”, dengan kerjasama UNICEF bagi membantu kanak-kanak dari negara-negara membangun.
[Pelekat “LINE X UNICEF: Edisi Khas”]
Sebagai usaha yang pertama seumpamanya dilancarkan untuk UNICEF, semua hasil jualan set pelekat tersebut akan didermakan kepada tabung yang diwujudkan bagi membantu kanak-kanak di negara-negara membangun, terutamanya dari segi bantuan kesihatan, pemakanan, dan pendidikan asas.
Pelekat “LINE X UNICEF: Edisi Khas” yang terdiri daripada 24 pelekat watak-watak LINE FRIENDS yang comel, kini sedia untuk dimuat turun di Malaysia, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, India, Hong Kong, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis dan Jerman. Pengguna boleh membeli set pelekat berkenaan bermula dari 15 September 2015 melalui Kedai Sticker dengan 50 LINE coins, atau lebih kurang RM3.50.