Pada musim perayaan ini, SK-II telah memberi Facial Treatment Essence satu penampilan yang baru dengan siri rekaan edisi terhad yang meraikan kuasa transformasi diri yang akan mengubah hidup anda.
Sebagai komitmen berterusan untuk memperkasakan wanita dengan kulit cerah berseri dan keyakinan untuk mencorak hidup mereka, SK-II telah tampil dengan rekaan artistik botol ‘Wings of Change’ sempena Krismas dan musim cuti ini.
Produk ikonik SK-II, Facial Treatment Essence, adalah keajaiban transformasi kecantikan. Pati kecantikan ini mengandungi lebih 90% Pitera™ – bahan istimewa yang terkandung di dalam semua produk SK-II – dan telah mentransformasikan kulit jutaan wanita seluruh dunia dengan memberi kulit cerah berseri. Tidak hairanlah ia diberi gelaran ‘air ajaib’ oleh pengguna setianya yang berjaya mengubah kulit mereka dengan SK-II.
Rahsia kulit cerah berseri yang berkekalan adalah PiteraTM yang mengandungi asid amino, vitamin, asid organik, mineral, sakarida dan komponen lain yang penting untuk kulit. Dengan mengandungi lebih 90% PiteraTM, Facial Treatment Essence menggunakan kandungan uniknya untuk mengubah lima dimensi kulit menjadi cerah berseri.
Kini, setiap botol mendapat transformasi dalam bentuk tiga rekaan istimewa. Bertemakan ‘Wings of Change’, siri ini berinspirasikan dua daripada makhluk bersayap yang dikenali ramai – rama-rama dan burung madu (hummingbird) – sebagai simbol kecantikan proses transformasi dan kebarangkalian untuk menjangkaui potensi diri.
Untuk koleksi Facial Treatment Essence edisi terhad Festive 2015, SK-II telah mengabadikan rama-rama dan burung madu dalam tiga rekaan khas yang melambangkan kuasa perubahan yang memperkasa wanita untuk mengawal masa depannya.
Facial Treatment Essence edisi terhad (230ml) boleh didapati sebagai sebahagian daripada 4 set SK-II musim perayaan iaitu SK-II Iconic Set (RM620), SK-II Flawless Beauty Set (RM1,410), SK-II Beauty Blossom Set (RM852) dan SK-II Age Protect Set (RM1,181).
Boleh juga didapati sementara stok masih ada ialah 3 lagi set musim perayaan iaitu SK-II Pitera Red Butterfly Essential Set (RM229), SK-II Skin Indulgence Set (RM2,277) dan SK-II MEN Smart Set (RM579).