Julung buat kali yang pertama, Burberry London, antara jenama fesyen global yang terkemuka dan sangat terkenal dengan corak scottish “tartan” itu baru-baru ini telah berkolaborasi bersama Apple Music dalam menjayakan satu saluran dedikasinya dengan beberapa artis ikonik tempatan di Kota London termasuk lagu-lagu, persembahan penampilan khas dan filem disamping playlist atau senarai pemain muzik yang istimewa membawakan anda dengan pelbagai lagu-lagu dendangan bakat-bakat lama dan baru dalam industri muzik terkini.
Projek ini khasnya diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Khidmat Kreatif Christopher Bailey. Beliau berkata, terdapat begitu ramai artis British yang luar biasa dan ini adalah merupakan satu peluang keemasan bagi Burberry untuk bekerjasama dengan mereka disamping para penghibur juga dapat mempamerkan bakat istimewa mereka”.
Mengulas lanjut, “Muzik sentiasa berinteraksi denga kita dan saya terutamanya sangat teruja dengan perkongsian bersama Apple diatas platform ini. Burberry Acoustic telah membolehkan kami melangkah kesatu tahap yang lebih berinovasi, bukan sahaja berkecimpung di dalam bidang fesyen dan ciptaan wangian semata-mata malahan bidang hiburan berteknologi seperti ini yang dapat dikongsikan bersama para penonton dan pengikut Burberry.”
Selama ini, Burberry telah banyak menganjurkan pertunjukkan fesyen, kempen rasmi dan pelbagai acara gilang gemilang sambil diiringi muzik latar yang dinyanyikan oleh artis-artis tempatan London, antaranya adalah seperti Tom Odell, James Bay, George Ezra dan Keane dan ramai lagi.
Dengan itu, Burberry akan melancarkan saluran Apple music mereka dengan satu siri video eksklusif daripada artis-artis baru termasuk Lilla Vargen, Georgie dan Rhodes sambil ditemani persembahan daripada penyanyi dan penulis lagu ikonik British, Alison Moyet, yang akan dirakam pada majlis pertunjukan fesyen pakaian wanita Burberry di London yang akan berlangsung 21 September (Hari ini).
Bagi pengguna telefon pintar Apple, anda boleh mula melanggan Apple Music bagi menikmati saluran khas Burberry Acoustic dibawah bahagian ‘curators’ yang membolehkan anda mengakses lagu-lagu dan berita terkini berkaitan artis-artis kegemaran anda yang pernah membuat persembahan disepanjang pertunjukan fesyen, kempen dan pelbagai acara anjuran Burberry selain dapat memberi komen atau membuat perkongsian kandungan ini melalui Mesej, Facebook, Twitter dan email.
Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi Burberry Acoustic, sila layari uk.burberry.com