Menjelang lembaran yang baru, Coach tampil memperkenalkan rekaan baharu musim bunga 2016 khas untuk para wanita diluar sana.
Meraikan ulang tahun ke-75 dalam mengecapi kejayaannya yang unggul, Coach buat pertama kalinya mempamerkan rekaannya yang eksentrik diatas pentas New York Fashion Week NYFW bersama koleksi rekaan terbaru oleh Stuart Vevers yang memperkenalkan variasi fesyen Coach tahun 1941.
Dalam menyisipkan gaya ikonik amerika, koleksi musim bunga 2016 Coach mengetengahkan gabungan inspirasi romantis percintaan dan kebebasan yang diambil daripada kualiti sinematik lanskap bumi Amerika bersama suntikan atmosfera New York.
Rekaan yang mengambarkan “countercultures” dapat dilihat daripada seni cantuman fabrik yang digunakan keatas setiap rekaan. Gabungan menarik dan tampak klasik sesuai untuk mereka yang gemarkan suatu kelainan dalam berfesyen.
Koleksi musim bunga daripada Coach kali ini adalah istimewa kerana ia meraikan ketidaksempurnaan struktur fabrik dan material yang digunakan kerana ketidaksempurnaan itulah yang sememangnya menyumbang karakter kepada setiap rekaan yang ada.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi musim bunga Coach 2016, sila layari www.coach.com.