Polo Raplh Lauren untuk wanita adalah merupakan simbol ekspresi keperibadian untuk para wanita moden. Ciri kasual dan gaya sporty diterapkan dalam setiap helaian rekaan agar kelihatan sofistikated.
Kali ini, koleksi musim bunga 2016 untuk wanita daripada Polo Ralph Lauren menampilkan konsep yang lebih santai dan bertenaga. Corak bunga-bungaan yang diketengahkan menceriakan lagi setiap rekaan agar tampak lebih menonjol dan berani, sekaligus menyerlahkan gaya si pemakai.
Warna-warna terang yang digunakan adalah seperti warna merah, kuning, merah jambu, hijau, indogo, termasuk dua rona asas classy iaitu putih dan hitam.
Perincian fringe pula menjadi sisi utama bagi koleksi daripada Polo Ralph Lauren musim ini. Gaya yang lebih edgy dan bersahaja itu sengaja diterapkan ke dalam rekaan khas buat mereka yang gemarkan gaya fesyen ‘boho chic’.
Tidak ketinggalan, fabrik dan material yang digunakan ke atas setiap rekaan juga adalah sangat eksklusif!
Untuk maklumat lanjut berkenaan Koleksi Musim Bunga 2016 Polo Ralph Lauren, sila www.ralphlauren.asia.