Kejam sungguh! Seorang wanita berumur 19 tahun ditembak mati oleh tentera Israel apabila melakukan cubaan untuk menikam salah seorang anggotanya.
Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Hadeel Salah Al-Hashlamon merupakan seorang pelajar Universiti dikatakan telah mencuba untuk menikam tentera Israel.
Hadeel telah dicederakan dan ditembak beberapa kali termasuk di bahagian dada sehingga mati walaupun askar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Berdasarkan laporan media tempatan, wanita itu dibawa ke hospital di Israel sejurus selepas dia ditembak.
Namun ada agensi berita yang memuat naik satu video yang menunjukkan tubuh badan wanita berkenaan dibiarkan bergelimpangan di tempat kejadian sebelum ia ditarik keluar daripada rakaman lensa kamera.
[SUMBER]