Sejak Lotion Hada Labo dilancarkan di Jepun pada 2004. Hada Labo Hydrating Lotion telah mengekalkan kedudukannya sebagai loysen wajah No.1 di Jepun untuk 7 tahun berturut-turut.
Memperkenalkan Hada Labo Whitening Cooling Gel Lotion terbaharu dengan inovasi losen terkini yang pasti akan membawa kegembiraan kepada pengguna. Losen inin mengandungi fungsi 5-dalam-1. Ia berupaya berfungsi sebagai losen sebagai losen, pupur, serum, toner dan pelembab.
Ia juga memberikan sensasi sejuk kepada kulit agar ia kekal segar sepanjang hari. Hada Labo Whitening Cooling Gel Lotion ini mengandungi dua jenis Asid Hialuronik (Asid Hialuronik dan Asid Hialuronik Nano) yang berupaya meresap dengan segera jauh ke dalam lapisan kulit untuk penghidratan mendalam dan tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit.
Selain daripada ciri-ciri berupaya untuk melembapkan kulit, ia juga mengandungi Vitamin C yang berkesan untuk mencerahkan tona kulit untuk kulit lebih cerah, jernih dan berseri.
Produk ini juga diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Witch Hazel untuk membantu menganjalkan serta mengetatkan liang-liang pori untuk kulit lebih licin dan halus. Secara keseluruhan, ia bukan sahaja membantu mencerahkan ton kulit tetapi menjadikan kulit lebih licin, lembut dan terhidrat sepanjang hari.
Cara penggunaan:
Selepas pembersihan, tuangkan gel losen yang mencukupi pada tapak tangan dan sapu pada bahagaian muka serta leher. Tepuk perlahan-lahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit. Gel losyen gel mempunyai tekstur seperti gel, ia akan berubah menjadi air apabila sapu pada kulit. Hada Labo Whitening Cooling Gel Lotion boleh diperolehi dengan harga RM63.50 secara ekslusif di semua kedai Watsons di seluruh Malaysia.