Baru-baru ini, sebuah majlis ramah mesra media yang bertemakan “An A Klasse Evening” telah dianjurkan oleh A Klasse Management Sdn Bhd bagi memperkenalkan barisan artis dibawah pengurusannya disamping meraikan ulang tahun pertama syarikat berkenaan yang diterajui oleh Asyraf Dato Sri Khalid. Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Eain Salleh dan Sharifah Sakinah.
Membesar didalam sebuah keluarga yang berkecimpung dalam dunia perniagaan dan industri seni secara tidak langsung telah memupuk minat beliau kepada bidang pengurusan seni dan artis terutamanya.
Beliau meletakkan keluarga sebagai sumber inspirasi dan minat yang mendalam sebagai motivasi untuk mengorak langkah di dalam bidang pengurusan artis dan seni melalui A Klasse Management Sdn Bhd yang kini berada pada tahun pertama keberadaannya di dalam indsutri seni.
Selain menawarkan perkhidmatan pengiklanan media sosial melalui profil media sosial artis-artis dibawah naungannya, ini sekaligus meletakkan diri beliau sebagai generasi baru yang mencipta suatu pembaharuan dalam industri pengurusan, penjenamaan artis hiburan tanah air dan pengiklanan.
Tidak ketinggalan sewaktu majlis berlangsung, A Klasse Management Sdn Bhd sempat memperkenalkan aplikasi iSmartPhoto iaitu sebuah berisian pengenalpastian imej yang membolehkan sebarang imej diimbas dan bertukar menjadi video.
Aplikasi yang boleh dimuat turut melalui Apple App Store dan Google Play ini merupakan sebuah inovasi teknologi pengimejan terkini yang sesuai sebagai medium baharu selari dengan dunia masa kini bagi tujuan pengiklanan produk dan perkhidmatan.
Selain daripada itu, iSmartphoto memberikan sentuhan emosi melalui teknologi terkininya kepada penganjuran sesebuah majlis, sebagai contoh majlis perkhawinan. Dengan mengimbas gambar majlis perkhawinan tersebut melalui aplikasi iSmartphoto yang dimuat turun pada telefon pintar pengguna gambar tersebut akan bertukar kepada video majlis perkhawinan tersebut. Sungguh menggamit memori.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan A Kalsse Management Sdn Bhd, sila layari www.aklasse.com.my.