Kaca mata gelap selalunya adalah merupakan aksesori utama bagi seorang lelaki. Begitu juga dengan wanita. Pemilihan gaya dan bingkai kaca mata yang bersesuaian dapat menambah karakter pada personaliti seseorang sekaligus memberi gaya mewah kepada si pemakai.
Selain terkenal dengan rekaan couture, baru baru ini Dior memperkenalkan koleksi kaca mata gelap baharu untuk rangkaian musim sejuk 2015-2016 yang tampak ranggi dengan menggabungkan dua elemen bersama iaitu feminin dan maskulin.
Rekaan yang berasaskan bentuk-bentuk organik dan abstrak itu sungguh mengujakan! Koleksi istimewa itu tampil dalam empat pilihan warna neon yang pasti dapat menambah sisi futuristik pada gaya anda!
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi cermin mata baharu Dior Abstract Musim Sejuk 2015-2016, sila layari www.dior.com