Wanita dan barang kemas sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Untuk itu, Classic Gold & Jewellery memperkenalkan koleksi segar baru, Italian Gold (emas Itali) yang diperbuat daripada emas halus bagi mengembangkan rangkaian reka bentuk dan pilihan-pilihan barang kemas jenamanya.
Terdiri daripada tiga rangkaian reka bentuk yang menawan – Primavera Graduated, Fancy dan Spring Omega, koleksi emas Itali yang baru ini adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang menikmati barangan yang berkualiti dalam kehidupan atau sebagai hadiah yang ideal untuk seseorang yang istimewa.
Dihasilkan daripada emas 18K buatan tangan dengan ketukangan yang luar biasa, koleksi emas Itali yang baru ini menampilkan pelbagai pilihan gelang tangan bracelet dan gelang tangan bangle yang mempesonakan yang memberikan sentuhan yang lebih menawan jika dipadankan dengan mana-mana pakaian.
Terdiri daripada emas tulen, emas kuning, emas putih dan emas ros, setiap reka bentuk dalam koleksi ini direka secara teliti dan diperbuat hanya menggunakan emas dengan kualiti yang terbaik. Dengan reka bentuknya yang elegan serta abadi, koleksi baru ini menawarkan barang kemas yang sesuai untuk semua majlis dan acara.
Koleki emas Itali yang baru ini boleh didapati di kesemua kedai Classic Gold & Jewellery di seluruh negara bermula Oktober 2015. Harga bermula daripada RM1,993.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi emas Itali yang baru ini, sila layari www.classicgold.com.my.