Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Teknologi

Foto Bernyawa: Facebook Menambah Baik Ciri Dengan “Video Profile”

by Afiqah Syamin
October 2, 2015
Foto oleh Recode

Foto oleh Recode

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Memang diakui, tidak banyak perubahan apabila menyentuh mengenai foto profil Facebook yang agak membosankan.

Semalam, Facebook mengumumkan bahawa foto profil peribadi setiap pemilik akaun media sosial itu bakal mendapat perubahan yang ketara. Menarik! Tiada lagi gambar yang kaku. Dunia semakin moden dan gambar bukan sekadar gambar. Foto profil di Facebook bisa menyokong format imej bergerak atau bahasa yang lebih saintifiknya, “Graphics Interchange Format” GIF!

38f6
Foto oleh Giphy

Profil baharu itu pertama kali dilihat baru-baru ini dimana foto profil besar telah diletakkan di bahagian hadapan dan tengah . Perubahan secara drastik itu kini masih lagi menjalani ujian keberkesanan untuk lihat sejauh mana ia dapat memberi impak berguna kepada para pengguna. Antara ujiannya adalah termasuk video profil” sehingga tujuh saat yang akan menambah satu dimensi baru kepada reka bentuk Facebook.

Foto - Fortune

Facebook Naik Taraf Ciri Terbaru, Kini Tiada Lagi Butang ‘Like’

January 8, 2021

7 Sebab Kenapa iPhone SE Terbaru Bakal Diburu Pencinta Gajet

April 16, 2020

Perubahan kecil ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat besar buat keluarga Facebook dan buat julung-julung kalinya Facebook menjemput semua penggunanya untuk berlaku kreatif dengan profil mereka.

IKLAN

1c34
Foto oleh Giphy

Ciri baru itu masih lagi sedang diuji oleh bebrapa kumpulan dan individu terpilih serata Amerika dan United Kingdom demi menggantikan imej profil normal anda kepada 7 saat pusingan video. Sedikit sebanyak gambar profil anda bakal berubah daripada gambar profil kaku yang berada di penjuru atas sebelah kiri kepada video profil bergerak ke bahagian tengha profil.

Lebih hebat, Facebook juga akan memberi pilihan kepada para pengguna untuk menetapkan imej pada satu-satu masa mengikut kehendak mereka sebelum imej berkenaan akan bertukar kembali kepada imej yang sebelumnya. Ideanya adalah untuk memberi anda pilihan menetapkan masa seberapa lama anda mahu memaparkan foto profil yang berkenaan sebagai contoh, anda bercuti selama seminggu di Paris dan anda berpeluang untuk memaparkan foto anda di Kota Paris selama seminggu. Setibanya anda di Malaysia, foto profil anda berubah kembali kepada foto profil yang biasa.

11bc
Foto oleh Mashable

Selain itu, para pengguna juga berpeluang menentukan lima (5) gambar pilihan mereka untuk diletakkan di ruangan istimewa seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Anda bisa menayangkan lima gambar memori kegemaran anda dalam waktu yang sama di halaman bahagian atas profil Facebook milik anda!

Ciri paparan lima gambar utama pada bahagian atas profil adalah untuk memudahkan orang lain untuk menjejaki anda di Facebook. Jika ada kawan-kawan lama yang mahu menghantar “friend request” kepada anda, adalah lebih mudah untuk mereka mengenali anda melalui paparan gambar di ruangan khas berkenaan.

9b32
Foto oleh TechCrunch

Perubahan yang lebih hebat pada Facebook akan lebih menghantui anda selepas tersebarnya berita menegenai butang “unlike” yang juga bakal dilangsungkan, beberapa minggu lepas. Jadi, nantikan realitinya!

SUMBER

Tags: Ciri Baru FacebookfacebookfotoFoto Profil Bergerakmedia sosialmenarikteknologiVideoVideo Profil
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.