Bagi memperingati legenda pelukis Belanda, Vincent van Gogh yang amat disegani kerana bakat dan hasil karya agung beliau, bersempena dengan ulang tahun yang ke-125 kematiaannya tahun ini, jenama jam tangan artistik Jaeger-LeCoultre tampil memperkenalkan jam tangan baharu ilham daripada salah satu hasil seni terkenal oleh mendiang Vincent van Gogh iaitu merupakan lukisan bunga matahari yang berwarna keemasan.
Selama ini Jaeger-LeCoultre telah banyak menyokong dan bertungkus-lumus menghasilkan rekaan yang diinspirasikan oleh ramai pelukis berserta hasil karya unggul mereka. Dengan menggunakan kepakaran seni ukiran kaca/gelas (enamelling), jenama tersebut terus mekar mengembangkan sayapnya untuk bekerjasama pula dengan syarikat pakar pembuatan berlian bermutu Gassan, demi menghasilkan jam tangan Vincent van Gogh edisi terhad.
Rekaan eksklusif itu menggabungkan tiga ciri utama iaitu pertukangan unggul, seni dan warisan sebagai satu penghormatan kepada pelukis Belanda itu.
Selain itu, keistimewaan yang ada pada rekaan khas Reverso à Eclipse oleh Jaeger-LeCoultre ini adalah ukiran enamel bunga matahari Van Gogh itu tersembunyi disebalik penghadang yang ada. Apabila penghadang dibuka, barulah ukiran bunga matahari itu muncul. Sungguh menarik.
Buat masa ini, ciptaan yang digelar Reverso à Eclipse – Van Gogh Sunflowers itu hanya boleh dibeli di muzium Gogh Museum (Van Gogh Museum) sahaja.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Reverso à Eclipse – Van Gogh Sunflowers, sila layari www.jaeger lecoultre.com.