Mengumumkan, koleksi musim Luruh/Sejuk 2015 baharu oleh Burberry, khas buat wanita yang mengimpikan gaya moden klasik.
Koleksi The Gabardine Lace ini menampilkan rekaan cermin mata gelap berserta bingkai kaca wanita yang selari mengikut perkembangan trend fesyen masa kini.
Diinspirasikan daripada renda fabrik gabardine Inggeris, jelas terukir motif corak renda warisan klasik itu dipenjuru bingkai berwarna keemasan. Dicipta berasakan proses terperinci, Burberry menerapkan elemen seni ukiran barang kemas dan kemasan halus pada setiap inci rekaan koleksi kaca matanya kali ini.
Seleksi warna koleksi rangakain kaca mata musim Luruh/Sejuk 2015 adalah terdiri daripada warna coklat telap, merah tentera dan rentetan hitam. Antara bentuk bingkai kaca mata yang ada pula adalah berasaskan bentuk rama-rama, bentuk petak mata kucing dan petak asetik.
Dalam pada masa yang sama, koleksi ini telah diperkenalkan oleh pelakon Holliday Grainger dan Clara Paget pada kempen pengiklanan global Burberry musim Luruh/ Sejuk 2015 yang telah berlangsung baru-baru ini. Beberapa keping gambar juga sempat dirakam oleh jurugambar Mario Testino melihatkan para pelakon berkenaan menggayakan koleksi baharu daripada Burberry itu.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Koleksi The Gabardine Lace Musim Musim Luruh/Sejuk 2015 oleh Burberry, sila layari www.us.burberry.com.