Zaman remaja boleh menjadi tempoh yang paling sukar kerana mereka akan mengalami pertumbuhan drastik dari segi emosi, fizikal dan hubungn sosial. Sebahagian daripada proses tumbesaran ini adalah kesukaran untuk mengawal ketidaksempurnaan dan minyak pada permukaan kulit mereka yang sentiasa berubah.
Keadaan ini pasti lebih sukar buat remaja perempuan. Kajian ada menunjukkan bahawa hampir 70% gadis berusia 15 hingga 17 tahun mengelak daripada melakukan aktiviti harian apabila berasa tidak gembira dengan penampilan mereka. Sementara 7 daripada 10 orang gadis percaya bahawa mereka tidak cukup cantik atau tidak menepati kriteria-kriteria tertentu.
Jadi, bagaimanakah kita boleh memperkasakan gadis-gadis ini untuk menjadi lebih berani? Bagaimana kita boleh membantu mereka mengatasi penilaian diri sendiri ini?
Lihat semula cermin dengan ReadyFace
Para pakar ada menyatakan: individu yang lebih kerap tersenyum atau membuat posisi tubuh dengan bersemangat (power pose) akan berasa lebih yakin terhadap diri sendiri.
Menurut Pengarah Negara, Kumpulan Peruncitan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Stuart Crabb “Sebagai satu jenama yang dipacu oleh golongan muda, Clean & Clear® memahami kesukaran yang dihadapi remaja. Apa yang berlaku dalam kehidupan akan diserlahkan pada wajah mereka – akil baligh, tekanan untuk menghadapi peperiksaan, aktif dalam sukan dan pengambilan makanan segera akan menyebabkan berlakunya masalah ragu-ragu terhadap diri sendiri serta hilang keyakinan diri.
Untuk membantu para gadis menemui wajah ReadyFace mereka, Clean & Clear® telah melancarkan Buih Pembersih Muka yang baru diformulasi dan bebas minyak. Ia membantu menghalang pembentukan jerawat, kulit berminyak dan bintik-bintik hitam dengan menghilangkan minyak serta debu tanpa mengeringkan kulit. Buih Pembersih Muka baharu ini memastikan wajah berasa bersih, cerah dan berseri. Lebih menarik lagi, mengawal minyak sehingga 8 jam!
Sempena pelancaran kempen ReadyFace, laman Facebook Clean & Clear® Malaysia akan membantu menyerlahkan #ReadyFace mereka dengan hadiah-hadiah termasuklah set-set Essentials Foaming Facial Wash & Oil Control Film.
Remaja digalakkan untuk menjadi sebahagian daripada pergerakan ini dengan menghantar gambar selfie #ReadyFace mereka. Untuk mendapatkan inspirasi, sila lihat Hall of #ReadyFace di laman Facebook dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kad hadiah barangan fesyen bernilai RM300 dan hamper produk bernilai RM100.
Tidak kira sama ada remaja atau berjiwa muda, tunjukkan ReadyFace anda kepada dunia.