Mungkin ada yang tahu tetapi tidak mengambil kisah atau peduli akannya. 8 jenis benda ini dilarang sama sekali untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Sebab apa? Wanista jelaskan.
Jika anda cuba untuk memasak telur menggunakan ketuhar gelombang mikro, anda sebenarnya mengundang kepada kekotoran sisa telur atau mungkin lecur di jari. Pemanasan yang berulang di dalam ketuhar boleh menghasilkan haba di dalam telur yang mana tiada ruang untuk haba tersebut keluar. Jadi, apabila haba yang terkumpul di dalam telur terlalu padat, ia akan mengakibatkan telur tersebut meletup dan sekaligus menyebabkan dapur anda berbau hanyir.
Untuk pengetahuan anda, potongan daging beku yang cuba dinyahbeku di dalam ketuhar gelombang mikro sebenarnya boleh mengakibatkan kemudaratan pada tekstur dan keadaan daging tersebut. Di bahagian tepi daging akan mula masak, manakala di bahagian dalam masih kekal beku. Dan jika ketuhar anda tidak direka dengan sistem pusingan ketika memanas, ini juga akan mengakibatkan penyebaran haba yang tidak statik, yang mana boleh menggalakkan pembiakan bakteria.
Pemanasan susu ibu yang disimpan beku menggunakan ketuhar gelombang mikro bukan hanya boleh membuatkan ianya panas menggelegak malah ianya juga boleh merosakkan imun susu ibu tersebut. Cara terbaik adalah dengan merendamkan susu ibu yang disimpan di dalam botol bayi ke dalam air bersuhu sederhana suam.
Tahukah anda bahawa bekas plastik mengandungi estrogen, sejenis bahan kimia yang membawa keburukan pada kesihatan manusia? Pemanasan di dalam ketuhar pemanas akan mengakibatkan bahan kimia ini melekat di dalam makanan dan sekaligus membawa penyakit kepada mereka yang memakannya. Cara yang paling selamat adalah dengan memanas makanan anda dengan diletakkan ke dalam pinggan dan terus ke ketuhar.
Bekas polistirena merupakan sejenis plastik dan boleh merembeskan bahan kimia yang merbahaya ke dalam makanan jika dipanaskan. Tak usah sama sekali menggunakan bahan ini untuk memanaskan makanan. Alih ke pinggan yang bersesuaian sebelum dipanaskan.
Jika anda punyai koleksi pinggan yang bercorak logam, elakkan dari menggunakannya ke dalam ketuhar pemanas walaupun corak logam tersebut bersaiz kecil sekalipun. Seeloknya, gunakan pinggan tanpa sebarang corak atau penggunaan rona dan sesuai untuk kegunaan di dalam ketuhar.
Fungsi kole keluli tahan karat adalah untuk mengekalkan kepanasan minuman. Ianya sebenarnya boleh merosakkan ketuhar pemanas. Semak di bawah kole terlebih dahulu jika ianya selamat atau tidak untuk digunakan di dalam ketuhar. Jika ingin panaskan air, gunakan kole stoneware yang punyai tanda selamat untuk ketuhar gelombang mikro.
Jika secawan air dipanaskan di dalam ketuhar pemanas tidak kira menggunakan cawan dengan material seramik mahupun gelas kaca terlalu lama, ia akan mengelakkan dari kewujudan gelembung udara yang kebiasaannya membantu air untuk menyejuk. Air akan mula menggelegak jika anda mengalihkan cawan tersebut dan seterusnya mengakibatkan kelecuran. Untuk mengelakkannya dari berlaku, panaskan air dengan jangka masa yang tidak terlalu lama.
[SUMBER]