Golongan yang terlalu sibuk bekerja, kurang tidur serta memerlukan produk yang cepat dan mudah agar kekal menawan sepanjang masa.
Rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Guardian kini telah menjadi pakar pengeluar topeng muka terkemuka di negara ini.
Terima kasih kepada rangkaian produk topeng muka, topeng mata serta jalur pembersih pori-pori hidungnya yang kian bertambah.
Rangkaian Topeng Mata Terkini Guardian
Lapisan kulit di sekitar mata telah diketahui umum bahawa ia lebih halus dan sensitif. Kehalusan lapisan kulit ini bermakna proses penjagaan kulit di sekitar mata kini semakin mencabar. Kini, Guardian tampil dengan rangkaian topeng mata comel baharu yang berupaya membantu memperbaiki penampilan kontur mata.
“Pengguna hari ini semakin bijak dan berpengetahuan. Mereka yakin dengan produk Guardian yang berkualiti tinggi dan menghargai harga produk kami yang lebih menarik serta mampu milik,” kata Pengarah Jenama Korporat Unit Kesihatan dan Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene Defline.
Berbanding jenama-jenama terkenal lain, tarikan harga rangkaian produk topeng mata Guardian membuatkan kemewahan aktiviti memanjakan diri kini lebih mudah. Malah, anda boleh memanjakan diri dengan produk ini sekerap dua hingga tiga kali seminggu.
Koleksi Topeng Muka Guardian Terkini
Wajah nampak letih dan tidak bermaya selepas lima hari bekerja? Jadual hujung minggu pula padat dengan aktiviti dan parti yang perlu dihadiri.
Kini, pakar pengeluar topeng muka, Guardian memperkenalkan jalan penyelesaiannya menerusi Snail Mucus dan Golden Cocoon Face Masks eksotik. Dirumus dengan ekstrak Mukus Siput dan Kokun Emas, koleksi topeng muka ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti berkesan untuk kulit sensitif. Manjakan kulit anda dengan rawatan topeng muka ini. Berkesan untuk melembap dan mencerahkan wajah dengan serta-merta.
Koleksi topeng muka ini diperbuat daripada helaian selulosa TENCEL® asli dan semula jadi, sejenis serat selulosa berteknologi tinggi. Helaian TENCEL® menawarkan pengekalan lembapan yang tinggi agar pati kekal dalam lapisan kulit dan kulit dapat menyerap semua khasiat terbaik daripada cecair topeng muka. Lapisan licin helaian TENCEL® juga memberi kesan selembut sutera dengan keselesaan yang tiada tandingan.
Rangkaian Jalur Pembersih Pori-Pori Hidung Guardian
Untuk wajah yang lebih bersih dan licin, pastikan bintik-bintik hitam dibuang dan pori-pori pada kulit hidung dikecilkan. Elakkan daripada memicit bintik hitam dan putih dengan kuku agar tidak meninggalkan kesan parut.
Pakar pengeluar topeng muka, Guardian kini memperkenalkan rangkaian menyeluruh jalur pembersih pori-pori hidung yang bertindak menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih dengan lembut serta berkesan. Ia juga bertindak mengecilkan pori-pori agar kulit nampak lebih licin dan bersih.
Semua produk pembersih pori-pori kulit dan topeng mata serta muka kini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara atau layari e-kedai kami di http://online.guardian.com.my/