Band rock terkenal dari Australia, Air Supply kembali ke Malaysia bagi Ulangtahun ke-40 World Tour Final Leg.
Dianjurkan oleh E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd, peminat akan dipersembahkan dengan lagu-lagu hebat mereka awal 1980-an seperti Lost in Love, All Out of Love, dan The One That You Love malah single terbaru mereka I Adore You.
Anda teruja? Konsert ini akan diadakan di The Official Venue, One World Hotel Bandar Utama pada Sabtu 5 Disember, 2015 jam 8.00 petang.
Ingin menyaksikan penyanyi dan pemain gitar kelahiran British, Graham Russell dan vokalis utama Russell Hitchcock beraksi secara langsung? Tiket berharga RM590, RM450, RM350 dan RM170 akan mula dijual bermula Isnin 5 Oktober 2015 melalui www.airasiaredtix.com. Pembeli tiket terawal akan menerima diskaun 20% mengikut terma dan syarat.