Seorang wanita, Regina Murmura, 70 tahun yang menggunakan perkhidmatan aplikasi GPS, Waze untuk ke destinasi pelancongan di Niteroi maut ditembak apabila aplikasi terbabit membawa pasangan tersebut ke kawasan ‘panas’ yang mempunyai nama yang sama.
Aplikasi Waze membawa Murmura dan pasangannya, Francisco, ke satu jalan kecil yang juga merupakan satu kawasan yang ditakuti di Brazil.
Lapor jurucakap itu juga, kereta pasangan tersebut ditembak dengan 20 peluru dan motif tembakan masih belum diketahui. Bagaimanapun, kawasan itu memang terkenal sebagai ‘port’ dadah.
Suami Murmura bagaimanapun, sempat melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. Mengulas kejadian itu, Waze berkata mereka sangat kesal dengan apa yang terjadi.
“Malangnya, sangat sukar untuk menghalang pemandu dari pergi ke kawasan berbahaya sekiranya kawasan itu yang mereka pilih”, kata syarikat tersebut.
Insiden tersebut juga menyebabkan kerisauan dunia terhadap keselamatan navigasi GPS memandangkan Olimpik akan diadakan di Rio pada tahun depan.