Orang kata, makanan yang sedap itulah yang membawa penyakit sebenarnya. Kanak-kanak boleh makan apa sahaja yang mereka suka. Tanpa mengambil kira samaada makanan atau minuman tersebut mengandungi nutrisi yang baik untuk badan mereka, mereka masih belum cukup matang untuk mengawasi kesihatan diri mereka sendiri.
Oleh itu, ia adalah peranan atau tanggungjawab ibu bapa terutamanya untuk mengawasi cara dan pengambilan makanan anak-anak anda. Justeru, tidak semua makanan yang ada di muka bumi ini berjasa kepada tubuh badan kanak-kanak. Antaranya adalah:-
#1 Makanan Segera / Fast Food
Burger, ayam goreng, nugget dari mana-mana cawangan makanan segera hanya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada tubuh badan kanak-kanak. Kajian mendapati pengambilan makanan segera merosakkan dan menyebabkan arteri tersumbat!
#2 Air Berkarbonat
Air berkarbonat bukan sahaja mengandungi kandungan gula yang tinggi menyebabkan diabetes malah boleh menjejaskan perlakuaan kanak-kanak (hyper-active). Time.com melaporkan bhaawa sebuah kajian mendapati dalam kalangan kanak-kanak berumur lima (5) tahun, mereka yang dibiarkan minum air berkarbonat nyata menunjukan peningkatan di dalam perlakuan agresif.
#3 Jus
Dr. David Ludwig, seorang pakar pediatrik obesiti di Hospital Kanak-kanak Boston mengatakan bahawa jus juga boleh disamakan dengan air berkarbonat yang lain. “They are 100 per cent sugar,” katanya. Justeru, tiada khasiat yang boleh didapati dengan memberikan jus kepada kanak-kanak.
#4 Snek Makanan Ringan / Keropok
Snek biasanya dihasilkan dengan tepung yang diproses dan ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh menyebabkan kenaikan tahap kolestrol yang tinggi. Bahan-bahan pemprosesannya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan yang snek bukanlah makanan yang berkhasiat untuk anak anda. Oleh itu, elakan!
#5 French Fries
Antara makanan yang terdapat di dalam senarai makanan yang digemari oleh anak-anak anda. Bukannya harus dihentikan serta-merta namun pengambilannya harus dikurangkandari masa ke masa. Kerana kandungan lemak dan garam yang amat tinggi dan tiada nilai nutrisi yang baik untuk tubuh badan kanak-kanak.
#6 Daging Proses
Ya, daging burger yang sudah siap diproses kedegarannya mudah disediakan. Hanya perlu dinyahbeku dan terus digoreng kemudian siap untuk dijamah oleh anak-anak anda. Tetapi awas! Daging yang sudah diproses juga bisa disamakan seperti span yang menyerap minyak. Walaupun kesan pengambilannya tidak drastik, namun dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan juga kanser.
Anda sebagai ibu atau bapa harus mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat. Penjagaan kesihatan yang teratur dapat mengelak anak anda daripada dijangkiti sebarang penyakit yang berisiko. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Biar mereka mengerti dan berdisplin agar senang dikemudian hari.
Selamat beramal!