Tidak dinafikan bahawa Chanel adalah jenama tersohor dalam industri fesyen antarabangsa. Ia merupakan satu jenama rangkaian fesyen, kosmetik dan wangian yang menjadi igauan para pencinta fesyen seluruh dunia.
Tetapi, sama seperti ceritera hikayat yang lain, Chanel mempunyai zaman turun-naiknya yang tersendiri dalam mencipta sebuah nama yang dikenali. Bermacam yang perlu dilalui sebelum berjaya, tidak semua orang mengetahui cerita disebalik babak-babak kisah suka dan duka Chanel dalam mengukir nama di mata dunia.
Kejayaan yang dipandu oleh kebijaksanaan pengasasnya, Coco Chanel, hanyalah sebahagian daripada rentetan cerita. Ini dia 9 fakta yang anda tidak tahu mengenai Chanel!
#1 Chanel No.5 Adalah Wangian Terlaris Sepanjang Zaman
Selepas Coco Chanel melancarkan wangian Chanel pada tahun 1921, secara mengejut ia telah menjadi wangian yang paling terkenal dan ikonik. Selain itu, Chanel No.5 juga telah berjaya menayangkan iklan wangian tersebut di acara sukan gilang-gemilang Amerika, Super Bowl. Pelukis Andy Warhol yang terkenal dengan seni “Pop Art” juga pernah mengabadikan wangian itu dalam hasil karyanya.
#2 Chanel Adalah Jenama Pertama Yang Mempunyai Senarai Menunggu Bagi Keluaran Pewarna Kuku
Pada tahun 1994, di sebalik pentas tatkala sedang bersiap sedia untuk menjalankan pengambaran fesyen bersama model Chanel, seorang jurusolek terperasan bahawa jari modelnya kelihatan terlalu kosong, lalu dia mendapat idea untuk lekas mewarnakan kuku model berkenaan menggunakan pen marker hitam. Setelah itu, warna asal pen marker diatas kuku itu tadi dilitupi pula dengan lapisan varnis (pengilat kemasan kayu). Secara tidak langsung, rangkaian pewarna kuku “Chanel’s Rouge Noir” adalah pewarna kuku yang pertama mempunyai senarai menunggu serta habis djual serta-merta sejurus dilancarkan. Hebat!
#3 Coco Chanel Mencipta Pakaian Suit Khas Buat Wanita
Coco Chanel sentiasa diangkat kerana keberanian beliau untuk memperkenalkan trend pemakaian seluar kepada wanita. Beliau juga adalah pereka wanita yang pertama untuk merelisasikan wanita dengan pemakaian suit yang lazim hanya digayakan oleh kaum lelaki. Coco Chanel telah membawa satu evolusi baru ke dalam dunia fesyen dan peragaan zaman itu tatkala semua rekaan jenama lain adalah berasaskan korset, skirt lebar dan gaya feminin semata.
#4 Coco Chanel Diberi Penghargaan Kerana mencipta ungkapan LBD (Little Black Dress)
Pada tahun 1926, Vogue telah menerbitkan sebuah foto dress hitam Chanel dari koleksi terbarunya yang dirujuk sebagai “Chanel’s Ford” iaitu melambangkan jenama automotif Amerika yang terkemuka. Ramai orang menganggap dek kerana rekaan dress itulah bermulanya ungkapan atau gelaran LBD (Little Black Dress) muncul.
#5 Butik Chanel Yang Pertama bukanlah Butik Pakaian Couture
Kebanyakan orang mengenali Chanel atas rekaan dan fabrik sulaman tangan yang eksklusif. Ramai juga yang menganggap jenama itu memulakan empayarnya dengan perniagaan couture. Tetapi sebenarnya butik/kedai pertama Chanel di Parisian House hanyalah sebuah butik/kedai yang menjual topi. Butik couture Chanel yang pertama hanya dibuka pada 1915.
#6 Coco Chanel membina Reputasinya Di Paris Melalui Topi
Sebelum jenama fesyennya dikenali ramai, Coco Chanel mula mencipta reputasinya di Paris melalui topi yang dipakai dan direka olehnya. Ianya berkualiti tinggi dan setiap satu daripada koleksi topinya mempunyai rekaan dan nilai yang tersendiri. Dikenali dengan nama Chanel Modes, telah menjadi kegilaan para wanita bangsawan yang suka bergaya ketika itu.
#7 Kasut Dua Tona Rekaan Chanel Memberi Ilusi Kaki Yang Lebih Kecil Dan Panjang
Kasut dua tona adalah koleksi yang mesti dimiliki oleh setiap wanita masa kini. Tetapi, sebelum tahun 1957 yang lalu, rekaan kasut sebegitu masih belum wujud. Coco Chanel bekerjasama rapat dengan tukang kasut Monsieur Massaro untuk menghasilkan rekaan kasut ikonik berkenaan. Ciptaan itu mempunyai dua tujuan utama iaitu:- membuatkan kaki si pemakai nampak lebih kecil dan memberi ilusi kaki yang lebih panjang.
#8 Beg Yang Diberi Nama 2.55 Bersempena Tarikh Keluarannya Yang Pertama
Mungkin anda perasan bahawa tas tangan ikonik ini mempunyai nama yang agak ganjil. Sebenarnya nama itu muncul berdasarkan bulan dan tahun ianya dilancarkan kepada umum iaitu pada Februari 1955.
#9 Beg 2.55 Menjadi Semakin Mahal Dari Tahun Ke Tahun
Tas tangan 2.55 Chanel adalah unik dalam dunia aksesori menyebabkan harganya melambung tinggi dari tahun ke tahun. Oleh kerana permintaannya yang cukup besar, Chanel bisa sahaja menaikan harganya. Sedikit nasihat, jika anda mahu mendapatkan tas tangan 2.55 Chanel, sila dapatkannya secepat mungkin. Atau anda mungkin tidak berpeluang untuk memilikinya kerana harganya akan lebih mahal nanti!