ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia, melancarkan koleksi pakaian yang direka secara eksklusif oleh pereka dalaman.
Koleksi sulung ini menampilkan 70 pakaian sukan untuk lelaki dan wanita. Para pelanggan KINI boleh membeli ZALORA Sport di atas talian secara eksklusif di ZALORA.
Koleksi ZALORA Sport yang hebat ini diperbuat daripada fabrik yang dipilih dengan teliti seperti fabrik spandex ringan yang mudah memeri dan fabrik wicking yang membolehkan penyerapan peluh dengan lebih cepat. Elemen jaring juga telah ditambah untuk menyediakan sistem pengudaraan yang baik kepada koleksi pakaian ini yang lebih besar untuk pakaian. Dengan gabungan fungsi dan fesyen, beberapa koleksi pakaian direka dengan poket di bahagian dalam untuk menyimpan barangan berharga si pemakai.
Objektif ZALORA adalah untuk mereka bentuk pakaian senaman yang menyerlahkan penampilan pemakai serta melancarkan prestasi seperti pakaian dalam sukan dan baju sukan yang dilengkapi dengan alas sokongan yang boleh ditanggalkan.
Rekaan untuk koleksi ZALORA Sport ini tersedia dalam pelbagai warna untuk lekaki dan wanita. Pelbagai koleksi wanita boleh didapati dalam warna hitam, kelabu, putih, kuning neon, coral, pudina dan cetakan eksklusif untuk ZALORA Sport. Palet warna untuk koleksi lelaki pula adalah termasuk hitam, kelabu, biru, biru cerah, oren, dan perak reflektif.
Harga untuk koleksi ZALORA Sport bermula daripada RM39 hingga RM149. Membeli-belah koleksi ini pada bila-bila masa, di mana sahaja di www.zalora.com.my atau pada aplikasi ZALORA.