Scholl Velvet Smooth Express Pedi akan berubah warna kepada merah jambu untuk tujuan yang murni iaitu dengan setiap Scholl Velvet Smooth Express Pedi edisi terhad merah jambu yang dijual dari 1 Oktober 2015 hingga 15 November 2015, Scholl Malaysia akan menyumbangkan RM10 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Sebagai usaha untuk melanjutkan promosi Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada Oktober tahun ini, edisi terhad Scholl Velvet Smooth Express Pedi ini boleh dibeli di semua kedai Guardian mulai Oktober.
Edisi terhad Scholl Velvet Smooth Express Pedi warna merah jambu, yang sama dengan warna rasmi pergerakan kesedaran kanser payudara, bertujuan untuk menarik minat wanita dan membawa perhatian mereka terhadap kanser payudara.
Scholl Velvet Smooth Express Pedi adalah inovasi terkini jenama itu untuk menghidari kulit keras di kaki. Secara purata orang biasanya berdiri sekurang-kurangnya dua hingga empat jam sehari dan berjalan antara 8,000 dan 10,000 langkah, maka kulit keras dan kematu mudah terbentuk pada kaki. Dengan Scholl Velvet Smooth Express Pedi, menyingkirkan masalah kaki secara profesional kini boleh dilakukan dengan mudah di rumah!
Ciri-ciri lain Scholl Velvet Smooth Express Pedi termasuklah bentuk ergonomik pemegangnya yang lembut, kepala penggelek MicraluminaTM yang boleh ditanggalkan dengan mudah untuk dicuci atau diganti, serta pergerakan berputar yang lembut dan berkesan. Ia beroperasi dengan bateri dan boleh disimpan di dalam beg tangan ataupun beg yang lain dengan senang, maka untuk memastikan kaki yang lembut sepanjang masa di mana-mana sahaja.
Untuk memberi sokongan anda bagi kebajikan kanser payudara sambil memanjakan kaki anda dengan rawatan yang sepatutnya, anda boleh mendapatkan Scholl Velvet Smooth Express Pedi edisi terhad yang berwarna merah jambu (RM135.20 setiap satu) mulai dari 1 Oktober 2015 di kedai-kedai Guardian.