Cuaca yang tidak menentu sememangnya mengundang pelbagai jenis penyakit yang menyerang manusia tanpa mengira umur.
Masalah hidung berdarah bukanlah perkara yang ganjil lagi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa jika pendarahan hidung ini tidak dirawat dengan rapi, ia bakal menjadikan masalah lebih teruk.
Pendarahan hidung terjadi didorong oleh kecederaan yang kecil termasuklah kerana menghembus hidung terlalu kuat atau mengorek hidung secara kasar.
Kadang-kala, hidung berdarah juga boleh menjadi petanda atas satu-satu penyakit atau kecederaan tetapi jarang sekali untuk ianya mengancam nyawa seseorang, terutamanya dalam kalangan warga emas. Anda tidak perlu cemas, kerana pendarahan hidung atau hidung berdarah adalah kecederaan ringan yang bisa dipulihkan dalam masa yang singkat.
Waktu Bila Yang Memerlukan Anda Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Rapi Bagi Masalah Pendarahan Hidung?
- Apabila individu terlalu kerap menghadapinya (lebih dari sekali seminggu) ; ini mungkin merupakan salah satu simptom tekanan darah tinggi.
- Masalah hidung berdarah yang berterusan pada diri seseorang yang sedang mengambil ubat penipisan darah (blood-thinning) seperti Warfain.
- Darah cair yang mengalir dari hidung kerana terhantuk atau terkena pukulan kuat pada kepala, kerana ini mungkin ada kena-mengena dengan keretakan pada tengkorak.
- Pendarahan hidung yang kerap, berselang seli dengan pendarahan pada gusi dan kemunculan lebam secara tiba-tiba tanpa alasan munasabah yang spesifik.
Bagaimana Untuk Menghentikan Hidung Berdarah
#1 Dudukan Pesakit
Beritahunya untuk tunduk kehadapan, (bukan kebelakang) agar darah boleh mengalir dengan sempurna. Taktik yang anda gunakan untuk mendongak agar pengaliran darah hidung berhenti adalah salah kerana itu hanya akan membuatkan darah tadi menjadi beku di dalam hidung. Oleh itu, biarkan sahaja ia mengalir. Gunakan sarung tangan bukan getah (non-latex) untuk melindungi diri anda dan si pesakit daripada terkena kuman yang ada pada jari jemari anda sewaktu proses rawatan.
#2 Picit Hidung
Arahkan pesakit untuk bernafas melalui mulut dan picit hidung dibahagian daging paling lembut (bukan dibatang hidung) untuk mengurangkan pendarahan. Pesakit boleh berpaut ditepi singki atau berikannya baldi supaya sisa darah yang keluar daripada mulut dan hidungnya boleh dikeluarkan dan tidak berciciran.
Menelan kembali darah yang sepatutnya keluar itu hanya akan membuatkan seseorang mual. Nasihatkan pesakit supaya dia tidak menelan, menyedut kembali atau batuk kerana perbuatan ini akan mengundang pembekuan darah dalam rongga.
#3 Periksa Hidung
Selepas 10 minit, lepaskan picitan pada hidung tadi dan cuba periksa. Jika darah masih lagi mengalir, sambung memicit hidung untuk jangka masa 10 minit yang seterusnya.
#4 Cuba Teknik Kompres Sejuk
Berikan pesakit ais yang mencukupi atau pek sejuk dan pegang ia di atas batang hidung. Ini akan bantu mengurangkan pengaliran darah pada hidung.
#5 Periksa Hidung Kembali
Apabila pendarahan telah berhenti, cuci keliling hidung dengan kain lembap. Nasihatkan pesakit supaya tidak menghembus hidung buat masa yang terdekat dan hindarkan aktiviti berat untuk jangka masa 12 jam.
Cara Bantu Kanak-Kanak Yang Terlalu Kecil Mengalami Pendarahan Hidung
Kanak-kanak yang terlalu kecil atau bayi tidak reti memicit hidung mereka sendiri. Apa yang boleh anda lakukan ialah, tenangkan dia supaya tidak cemas melihat darah. Sambil itu, cuba yakinkannya untuk meludah atau menghembus sisa darah di dalam sinki atau baldi. Setelah itu lapkan mukanya. Jika darah masih belum berhenti, cuba berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang selanjutnya.
Selamat Beramal.