Khas buat para gamer dan peminat Star Wars diluar sana, baru-baru ini, permainan video aksi dan pengembaraan Star Wars Rebels telah dilengkapi ciri baharu yang boleh dimuat turun melalui aplikasi iOS, Android dan pengguna Windows.
Sehubungan dengan permainan yang telah dikemas-kini, selain memperolehi bonus dua tahap ais percuma untuk pertempuran unsur-unsur dingin tatkala menyusup masuk ke kubu Imperial, anda juga berpeluang membeli dua karakter baru iaitu Hera dan Ahsoka selari dengan tayangan siri animasi musim ke-2 berkenaan di saluran Disney dan Disney XD.
Siri Star Wars Rebels: Recon Mission dilancarkan pada Mac 2015 yang lalu sebagai satu platform aksi mudah alih yang pertama yang ditetapkan di dalam Star Wars Rebels universe.
Alami keseronokan beraksi sebagai Ezra Bridger untuk menggagalkan tindakan Empayar dan menyelamatkan rakyat Lothal daripada kawalan Imperial.
Servis muat turun aplikasi permainan adalah percuma!
Untuk maklumat lanjut berkenaan permainan dan aplikasi Star Wars Rebels: Recon Missions, sila layari www. disneyinteractive.smugmug.com