Mungkin ramai kurang mengenalinya tetapi bintang yang terkenal menerusi filem Terminator: Genisys dan drama popular Games Of Thrones, Emilia Clarke dinobatkan sebagai wanita paling seksi 2015 oleh majalah Esquire.
Gelaran tersebut sekaligus membuatkan pelakon gred A itu mengetepikan pemegang takhta tersebut tahun lepas Penelope Cruz.
“Dia boleh jadi ganas, dia boleh jadi permaisuri, dia boleh jadi kakak kepada kanak-kanak, dia boleh jadi pembunuh dan sebagainya,” tulis Benjamin Markovits dalam majalah keluaran November.
Menjadi pilihan untuk menghiasi muka depan majalah popular itu, rata-rata peminat Emilia tahu bakatnya dalam bidang lakonan sememangnya tidak boleh disangkal dan dinafikan lagi.
[SUMBER]