JOOX, aplikasi penstriman muzik percuma untuk semua jenis telefon pintar, kini semakin maju sebagai salah satu daripada aplikasi yang paling pesat berkembang di pasaran.
Walaupun ia hanya baru dilancarkan pada bulan Julai 2015, aplikasi muzik ini telah menduduki carta teratas dalam kategori muzik percuma Play Store Google dan App Store iOS Malaysia berkat tawaran unik berkaitan penstriman muzik.
Mengubah cara pengguna menikmati muzik, JOOX menawarkan kepada pangkalan peminatnya satu kaedah unik dalam penstriman muzik percuma.
Memperkenalkan ciri-ciri baru yang digarap daripada maklumbalas para konsumer, JOOX baru-baru ini menambah faset berwawasan yang membawa konsumer lebih dekat kepada keinginan mereka sewaktu mendengar muzik.
Berdasarkan rekod prestasi dalam menerajui aplikasi sosial mudahalih yang mesra pengguna, ‘interface’JOOX yang ringkas dan anggun kini dipertingkatkan dengan tema tambahan yang telah ditambahkan ke dalam galeri.
Rangkaian pilihan ini membolehkan para pengguna untuk membentukkan penampilan koleksi muzik mereka dengan pelbagai skim warna dan grafik yang menepati pilihan muzik dan suasana mereka.
Satu lagi ciri unggul yang telah ditambahkan ke dalam aplikasi ini telah direka khas bagi mereka yang sering tertidur sambil melayan senarai audio video peribadi mereka. Menerapkan fungsi pemasa tidur yang canggih, aplikasi ini membolehkan pengguna JOOX untuk tidur sambil mendengar muzik kegemaran mereka tanpa perlu memadamkannya sebelum tidur.
Pasukan di JOOX terus menambahkan ciri ini selepas menerima maklumbalas daripada pelanggan yang mencadangkannya sebagai satu fungsi canggih kerana ia menawarkan kebebasan sepenuhnya serta peralihan lancar kepada penggemar muzik.
Bonus-bonus tambahan juga telah diintegrasikan ke dalam aplikasi ini bagi memudahkan pengguna untuk menemukan tugasan baru dan mendapatkan anugerah di bawah tab ‘Akaun Saya’. Membentuk dan Mengatur ‘Senarai Audio Video Saya’ kini lebih mudah dengan menggunakan fungsi mengetik dan seret untuk menambah dan mengatur semula lagu-lagu.
Dengan fungsi muzik yang bergaya, interaktif dan sentiasa berubah, JOOX sentiasa menetapkan tanda aras dalam menyampaikan hiburan muzik berkualiti tinggi kepada para pengguna pada bila-bila masa, di mana sahaja dan melalui sebarang peranti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JOOX, sila layari http://www.joox.com/