COSME DECORTE memperkenalkan Liposome Treatment Liquid serba baharu, iaitu ‘super lotion’ yang menggunakan kuasa liposom untuk perubahan pada kulit, dan memberi kesan ketara dengan segera.
Liposom adalah produk teknologi pengkapsulan yang diperkembangkan daripada kajian biologi sel. Struktur liposom adalah sama dengan bio-membran. Terdiri daripada fosfolipid (komponen utama sel membran), liposom berukuran 0.1 hingga 0.2 mikron, jauh lebih kecil daripada sel-sel kulit.
Maka dengan bentuk kapsulnya, liposom kini boleh menyampaikan agen-agen yang aktif ke tempat-tempat yang disasarkan, di mana agen aktif tersebut akan dilepaskan pada masa yang ditetapkan. Di samping itu, liposom juga mengandungi pelembap yang memberi manfaat berganda kepada kulit.
Liposome Treatment Liquid adalah losen berprestasi tinggi yang menyelesaikan masalah kulit kasar, kering dan kusam, serta tekstur yang tidak teratur yang disebabkan oleh kelemahan stratum korneum, iaitu lapisan paling luar epidermis. Direka untuk membangunkan potensi setiap sel kulit tunggal, Liposome Treatment Liquid menembusi jauh ke dalam kulit dengan serta merta, yang menjadikan kulit kekal lembap hingga berjam-jam lamanya. Hasilnya, tekstur kulit lebih halus, T-zon tidak berminyak, serta pori dan cela tidak lagi kelihatan. Dengan penggunaan yang kerap, kulit jelas tampak lebih berseri dan terhidrat.
Liposome Treatment Lotion ini dirumuskan tanpa paraben dan bebas minyak, dengan aroma herba-bunga yang melegakan dan menenangkan deria. Losen ini juga diperkaya dengan Theanine (untuk melembapkan), ekstrak Poria Cocos (untuk mengaktifkan sel-sel) dan ekstrak Tremella Fuciformis (untuk hidrat). Arahan penggunaannya juga mudah: lembapkan pad kapas dengan Liposome Treatment Lotion sebesar syiling 50 sen dan kemudian lap di seluruh muka dan leher.
COSME DECORTE akan terus berkembang dengan wanita hari ini dalam usaha berterusan untuk keanggunan abadi dan kecantikan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.cosmedecorte.com.my dan laman Facebook di www.facebook.com/cosmedecortemalaysia.