Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Penyakit buah pinggang
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Faktor keturunan
- Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Diperolehi dari portal Siraplimau, penulis tertarik untuk berkongsi beberapa cara mengatasi tekanan darah tinggi secara semulajadi.
#Kurangkan Pengambilan Garam
Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Kurangkan bahan perasa secara berkala untuk untuk masakan anda. Sentiasa baca label pada makanan yang anda beli dengan teliti. Ingat hanya 2,300 atau kurang untuk pengambilan garam harian. Penyelidikan intensif telah menunjukkan lebih banyak anda makan garam lebih banyak anda perlukannya. Generasi muda juga senang terpaut dengan pengambilan garam sejak awal usia lagi.
#Minum Air Kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Minum 8 auns air kelapa 1-2 kali sehari. Pagi adalah pilihan waktu paling sesuai jika anda meminumnya sekali sehari, tetapi anda juga boleh mengambil air kelapa pagi dan malam untuk pengambilan dua kali sehari.
#Minyak Ikan
Mungkin anda sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL.
#Ambik Tembikai
Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan 1 atau 2 cawan jus tembikai segar ataupun makan tembikai semasa perut kosong.
#Bawang Putih
Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.
#Teh Halia-Pelaga
Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.
Untuk menyediakan teh halia-pelaga, anda perlukan :
- 1/2 cawan air
- 2-3 camca teh madu (sebagai perasa)
- 1 camca teh buah pelaga
- 1/2 sudu teh serbuk halia ATAU 2 sudu halia segar yang dicincang
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 ½ sudu teh hitam atau 1 uncang teh
- 1/2 cawan susu
- lesung
Hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus. Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu. Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel. Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.
#Senaman
Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.
#Sirap Blueberi
Satu lagi yang anda boleh cuba adalah sirap blueberi. Yakni, sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda. Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!
Anda perlukan :
- 8 sudu bluberi kering @ 4 sudu setiap bluberi kering dan beri lain.
- 4 Cawan air
- 1 Cawan madu
- Periuk, penapis, balang kaca dengan penutup kedap udara
Cara penyediaan :
Tambah beri kering ke dalam air dan reneh dengan api yang perlahan sehingga airnya berkurang separuh. Perahkan jus dari buah dan tuangkannya ke dalam periuk. Masukkan madu dan masak hingga sebati. Untuk mendapatkan sirap yang pekat, panaskan madu dan jus buah di atas api yang sederhana selama 20 minit. Jika anda tidak mahu membuat dalam sediaan sirap, skip langkah ini. Setelah siap, simpan dalam peti sejuk selama 3-4 minggu. Ambil 1 sudu besar dua kali sehari.