Nippon Paint Malaysia Group, hari ini melancarkan “Trend Beyond Colours” yang keduanya, menampilkan sembilan palet warna utama dari tiga palet inspirasi; iaitu “We Are One”, “New Eco” dan “Wonder-Lust.” Sembilan warna tersebut dijangka akan memacu penggunaan meliputi pelbagai industri dan aplikasi pada 2016 dan 2017.
Sembilan trend warna telah dipilih oleh lebih daripada 50 pereka profesional, pakar warna dan penggemar dari seluruh rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Singapura, China, India, Hong Kong, Thailand, Taiwan, Filipina dan Jepun melalui Bengkel Ramalan Warna ChromaZone Asia Pasifik 2015 yang diadakan di Jepun pada awal tahun ini.
Memahami kepentingan warna untuk menceriakan persekitaran dan suasana sekeliling kita, Nippon Paint melancarkan tiga tema warna – “We Are One, “New Eco” dan “Wonder-Lust”. Setiap tema memaparkan tiga warna unik, membolehkan pengguna meneroka dan menzahirkan imaginasi mereka.
Siri pertama, “We Are One”, memaparkan warna-warna moden yang mempamerkan bagaimana teknologi dan media sosial hari ini sentiasa memberi kesan kepada kehidupan kita dan memastikan kita disambung di mana-mana sahaja kita berada. Palet ini menampilkan Founder Blue (NP PB 1527D), Gray Knight (NP N 2001T), dan Green Tuft (NP BGG 1666A), menyerlahkan sambungan di dunia tanpa sempadan di mana peranti digital merupakan sebahagian yang amat diperlukan dalam kehidupan kita hari ini.
Siri kedua, “New Eco” meraikan keajaiban dan keringkasan Bumi. Diinspirasikan oleh alam, “New Eco” membawa pengguna kembali berhubung dengan alam sekitar daripada gayanya yang lembut. Malah warnanya juga memberikan kesan yang tenang. Palet ini memberi tafsiran semula tentang alam sekitar Asia yang memukau, daripada pemaparan jiwa Asia hinggalah kepada lautannya yang tenang dan gunung berapi dipersonifikasi oleh tiga warna Tavern Buff (NP N 1867P), Lush (NP BGG 1605T) dan Volcanic Black (NP N 1918A).
Koleksi ketiga, “Wonder-Lust” mewakili budaya hari ini iaitu YOLO atau “You only live once” iaitu meneroka penemuan seseorang untuk keseimbangan sempurna dalam hidup menerusi pencarian berterusan kita dalam minat, hobi, pengalaman dan pengembaraan baharu. Bagi pengguna yang mahukan keseronokan dalam hidup mereka, tema “Wonder-Lust” adalah berani dan terang warnanya. Warna-warna yang ceria ini ialah Being Peach (NP YO 1219T), Fast Car (NP AC 2076A), dan Blue Lullaby (NP PB 1550P).
Trend Beyond Colours 2016/17 boleh diperoleh secara muat turun dalam talian. Sila lawat www.nipponpaint.com.my