Dalam keadaan terdesak, macam-macam sebenarnya yang kita boleh lakukan. Sebagai seorang wanita, kita memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara. Ada tu, kalau baju dan tudung berkedut sikit je pun dah nak heboh macam ayam baru bertelur! Ha… jangan tak mengaku pula.
La ni, kalau baju anda berkedut tetapi dalam masa yang sama anda tidak ada seterika, cubalah pandang sekeliling dan manfaatkan barang-barang yang ada tu. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Ini dia cara bernas untuk anda hilangkan kedutan pada pakaian tanpa seterika!
#1 Periuk Merebus Amat Membantu
Ini salah satu cara orang dulu-dulu menghilangkan kedutan pada pakaian tahu? Apa-apa pun, gunalah periuk yang permukaan bawahnya bersih dan rata. Caranya, didihkan air dalam periuk atas dapur, pastikan ianya betul-betul mencapai suhu kepanasan yang wow! Setelah selesai, buang air rebusan ke dalam sinki atau asingkan ketempat lain kalau-kalau anda mahu menggunakan air rebusan untuk benda lain. Okay! Gunakan permukaan bawah periuk seperti seterika. Cara ini adalah sangat efektif dan berguna seperti seterika sebenar.
#2 Cuka Bisa Hilangkan Kedutan Pakaian
Seperti yang kita tahu, banyak kebaikan dan khasiat cuka untuk kegunaan rumah dan kesihatan. Oleh itu, bancuh campuran satu (1) nisbah cuka bersama tiga (3) nisbah air biasa. Masukkan di dalam botol semburan dan ia siap untuk digunakan sebagai semburan magis yang dapat menghilangkan kedutan degil pada pakaian! Jangan risau, cuka adalah sejenis cecair yang tidak merosakkan serat benang pakaian.
#3 Gunakan Wap Stim Daripada Cerek
Ini yang dikatakan sambil menyelam minum air! Sambil dapat menikmati hidangan teh kegemaran anda, anda juga dapat menghilangkan kedutan pakaian sekali! Regangkan kain anda 12 inci diatas cerek, acukan ianya kepada wap stim yang keluar daripada muncung cerek. Anda akan sedar bahawa kedutan beransur hilang sebaik ianya diwap.
#4 Gantung Baju Berkedut Dalam Bilik Mandi Berwap
Ha cara ini bukanlah cara yang paling berkesan menghilangkan kedutan pada baju anda. Tetapi dapat membantu sedikit sebanyak tatkala anda sedang terdesak dalam percutian di hotel atau motel. Ketika anda sedang mandi air panas, wap haba panas akan memenuhi segenap ruang kamar mandi berkenaan. Oleh itu, gantungkan pakaian berkedut anda di dalam kamar bilik mandi yang masih lagi berwap sambil pintu ditutup rapat. Cubalah!
#5 Gunakan Tekanan Tilam
Salah stau cara yang berguna ketika ada sedang menikmati percutian. Hamparkan pakaian yang anda ingin pakai pada keesokkan harinya dibawah tilam sebelum anda tidur. Esok pagi, anda pasti perpuas hati dengan hasilnya. Cuma harus diingatkan, hamparkan pakaian dengan rata dan sebaiknya. Jangan pula anda lipat atau gulungkannya, kalau itu yang anda lakukan, jangan terkejutlah rupanya seperti roti jala nanti.
#6 Flat Iron Bukan Hanya Untuk Rambut
Hello, asalkan sahaja namanya iron, pasti ia berkesan untuk menghilangkan kedutan pada pakaiaan. Para wanita sekitar tahun 60-an menggunakna seterika pakaian sebenar untuk meluruskan rambut mereka, oleh itu, era yang semakin moden kini, dengan adanya ciptaan seperti flat hair iron atau seterika rambut, pastinya sudah memadai untuk bantu menghilangkan kedutan pada pakaian kerana fungsinya lebih kurang sama seperti seterika pakaian. Tetapi ianya tidak sesuai untuk digunakan keatas fabrik yang lebar dan besar. Ianya berkesan untuk helaian pakaian yang bersaiz kecil atau mungkin bahagian sulit pakaian seperti kolar dan lengan.
#7 Gunakan Mesin Pengering Cucian
Ha, apa kata kali ini anda guna cara yang ini. Bukan begitu sukar untuk menghilangkan kedutan pada pakaian kering. Jika anda mempunyai mesin pengering cucian dirumah, anda boleh masukkan pakaian yang sudahpun kering kedalam mesin pengering demi menghilangkan kedutan. Tetapkan jangka masa pusingan mesin selama 15 ke 20 minit untuk dapat hasil pakaian tanpa kedutan.
NOTA: Anda tahu tak? Kadang-kadang ada jenis fabrik pakaian yang kita gosok sekalipun belum tentu kedutannya hilang. Mungkin anda boleh merenjis air keatas pakaian atau fabrik anda itu sebelum anda mengosoknya! Helah renjisan air ini benar-benar membantu untuk dapatkan permukaan kain yang licin.
Selamat Mencuba!