Bermula 31 Oktober ini, Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Habour Nusajaya, Johor akan beralih ke konsep yang baharu untuk taman temanya.
Watak animasi genit dan comel, Hello Kitty bakal membawa anda kesatu pengembaraan fantasi Wizard Of Oz!
Memainkan watak sebagai pendeta sihir Oz, Hello Kitty membawa pembaharuan kepada para peminatnya di Malaysia. Sanrio Hello Kitty Town adalah merupakan taman tema Hello Kitty pertama yang dibuka di luar Jepun dan diperkenal kepada umum sejak tahun 2012 lagi.
“Saya begitu teruja untuk mengumumkan bahawa kami menyediakan satu pengalaman yang ajaib, berpaksikan motif pengembaraan dan usaha untuk mencari jiwa, keberanian dan kebijaksanaan”, jelas Fahruddin Najumudeen selaku Pengurus Besar Sanrio Hello Kitty Town.
Mengulas lanjut, “Dengan gabungan rakan-rakan dari dunia Hello Kitty dan watak-watak Oz seperti nukilan kisah klasik ‘The Wonderful Wizard of Oz’ oleh L. Frank Baum, khas buat anda yang gemar berfantasi dan pernah mengimpikan untuk sampai ke alam yang serba-serbi magis itu, Hello Kitty In Oz akan bisa merealisasikan impian anda!”.
Seperti yang diketahui umum, Nusajaya sentiasa melangkah kehadapan demi menyediakan satu konsep dan platform destinasi pelancongan khas yang sesuai untuk anda sekeluarga bercuti sambil berhibur. Ini juga secara tidak langsung mengeratkan ikatan kekeluargaan anda.
Berikutan musim cuti sekolah yang semakin hampir, apa kata anda mula membuat tempahan tiket bagi mengalami sensasi pengembaraan magis di Sanrio Hello Kitty Town. Anda dan keluarga boleh berlumba-lumba dan bantu sesama sendiri untuk menyelesaikan cabaran yang terdapat di setiap checkpoint (perhentian).
Jika anda berkemampuan untuk menyelesaikan hampir kesemua permasalahan dalam cabaran berdasarkan jumlah mata yang anda perolehi, anda dan anak-anak pasti berpeluang mendapat ganjaran yang istimewa di akhir gariasan selepas tamat pengembaraan yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu.
Keseronokan yang ekstrem sedang menanti anda! Bagi peminat tegar Hello Kitty, anda juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan barangan koleksi edisi terhad Hello Kitty in Oz yang hanya dijual dan boleh didapati di kedai Hello Kitty in Oz, Sanrio Hello Kitty Town!
Buat masa ini, pihak Sanrio Hello Kitty Town masih lagi mengekalkan harga tiket atau pass kemasukkan ke taman tema Hello Kitty In Oz seperti biasa iaitu RM80 untuk tiket tunggal dan RM117 untuk tiket dua orang.
Promosi istimewa untuk warganegara Malaysia juga diberikan kepada setiap pembelian yang disertakan bersama Mykad iaitu RM59 untuk tiket tunggal dan RM91 untuk tiket dua orang. Sebarang perubahan semasa adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Segala maklumat lanjut berkenaan Hello Kitty In Oz boleh diketahui melalui www.playtime.com.my.