Inisiatif tersebut memberi peluang kepada peminat untuk merebut hadiah melancong ke Konsert DCFE Colorful‧Live 茜拉 真‧炫色演唱會 (#ShilaColorfulLive) di Hong Kong
‘nice’ memanggil semua peminat Shila Amzah, artis popular Malaysia yang pindah ke negara Cina, untuk mengambil bahagian dalam peraduan perkongsian foto. Beberapa orang bertuah akan memenangi perjalanan semua perbelanjaan dibayar untuk menonton konsert Shila Amzah bertajuk Colorful Live Hong Kong pada 30 Oktober, 2015.
nice’ adalah sebuah app kongsi foto yang sangat pesat berkembang di Asia. Ia menyedia tag dan sticker interaktif pada foto yang dikongsikan. Sejak diperkenalkan pada Oktober 2013, ‘nice’ kini berbangga dengan himpunan komuniti pengguna seramai lebih 30 juta orang. Ia juga menyaksikan pertumbuhan yang signifikan dalam bilangan pengguna di Malaysia sejak diperkenalkan di negara ini pada Mei 2015.
Peserta hanya perlu memuat turun aplikasi ‘nice’, memuat naik foto dan menghiasi ia dengan stiker eksklusif Shila. ‘nice’ telah membuat set stiker notasi muzik putih dan berwarna warni dan stiker imej Shila. Stiker tersebut ingin menggalakkan peminat Shila menyokong beliau dengan cara yang unik.
Peraduan akan berakhir pada 24 Oktober 2015 dan pemenang akan diumumkan oleh nice_Malaysia(akaun rasmi ‘nice’ Malaysia).
Ikut langkah berikut untuk menang!
- Muat turn ‘nice’ dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Muat naik foto and menghiasi ia dengan stiker Shila
- Tag “Colourful Live” dan post!