LG Elektronik (LG) kini memperkenalkan rekaan penapis udara baharu mereka iaitu PH-U459WN dan PS-R459WN. Direka khusus untuk membekalkan udara yang bersih sekaligus bebas partikal yang memudaratkan kesihatan. Ianya sesuai untuk diletakan dipenjuru rumah, optimis untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Dalam masa yang sama, penapis udara LG ini dilengkapi dengan enam (6) lapis sistem jaringan hebat yang membentuk pelindung penapis nyah habuk, partikel jerebu dan seumpanya bagi menyalurkan udara bersih di dalam kediaman anda.
Melihatkan keadaan jerebu yang semakin menjadi-jadi, kini tidak perlu risau dengan adanya perlindungan daripada penapis udara LG kerana anda pasti mendapatkan sumber udara lebih bersih. Secara telusnya, ia dapat menghapuskan partikel halus seperti rambut, bulu haiwan, bakteria kecil dan habuk yang berukuran 10µm sehubungan sistem penapis perlindungan bergandanya.
Sisa partikel jerebu yang terkandung dalam udara dinyahmelalui teknologi Efficiency Particulate Air (HEPA). Ia terbukti berkesan sehingga 99.9% untuk menghilangkan partikel berbahaya dalam udara berukuran sehingga 2.5 mikrometer.
Selain itu, proses penapisan udara oleh PH-U459WN dan PS-R459WN juga disertai penapisan alahan yang memerangkap alergen, debunga dan kulat yang kebiasaannya hanya dapat dibunuh dibubarkan menggunakan proteinase enzim K.
Dengan inovasi terkini, anda juga bisa mengesan tahap keracunan yang terdapat di dalam udara sekeliling anda melalui indikator pintar yang ada pada mesin penapis berdasarkan tiga (3) tahap iaitu sangat tercemar, serdehana tercemar dan bersih.
Kedua-dua mesin penapisan udara berkenaan masing-masing boleh didapati pada harga RM1,999.00 dan RM1,299.00.
Untuk maklumat lanjut berkenaan penapis udara LG, PH-U459WN dan PS-R459WN dan fungsi spesifikasinya, sila layari www.lg.com/my