Diasaskan sejak tahun 2001 di Thailand, Lyn telah berkembang menjadi satu label aksesori fesyen nasional ikonik yang menawarkan rekaan-rekaan anggun – tersedia untuk semua. Setelah menjalani proses penjenamaan semula baru-baru ini , Lyn telah mengalami perubahan yang hebat berbanding jenama ketika 14 tahun yang lalu.
Pada peringkat awal, kasut menjadi tumpuan utama. Dengan minat pelanggan terhadap beg semakin meningkat, dari semasa ke semasa Lyn mempelbagaikan produknya sehingga meliputi kasut, beg, dompet, cermin mata hitam, barang kemas, skarf dan rantai kunci demi memenuhi cita rasa pelanggan.
Masyarakat Malaysia kini akan dapat menghayati, mengalami dan mengenali konsep baru Lyn di Suria KLCC – bermula dengan Koleksi Folktale dari Musim Luruh/Musim Sejuk ’15.
Keprihatinan romantik mengabadikan semangat jiwa bebas FOLKTALE, konsep gaya baru oleh LYN bagi Musim Luruh/Musim Sejuk 2015, diilhamkan oleh gaya fesyen bohemia yang menjadi legenda tahun 70-an dahulu. FOLKTALE, lebih dikenali sebagai boho-chic, mendapat ilham daripada gaya bohemia dan hippie yang dimasyhurkan oleh ikon-ikon gaya seperti seniwati Sienna Miller dan peragawati Kate Moss. Gaya ini menjadi popular lantaran kesantaiannya dan keindividuan yang diadunkan dengan corak-corak garang yang unik.
Tema utama FOLKTALE dipengaruhi gerakan cerita rakyat tahun 70-an dengan mencipta kembali rupa ikonik, digandingkan dengan kraf buatan tangan berseni, hiasan besar dan bahan-bahan yang membayangkan semula keanggunan Bohemian menerusi tafsiran moden. Menggabungkan unsur-unsur budaya tradisional, kumpulan pereka LYN telah mencipa estetika unik sehingga menjadikan musim ini begitu tersendiri dan istimewa, namun begitu amat padan dengan gaya busana bandaran.
Beg, kasut dan aksesori diperbuat daripada pelbagai bahan berkualiti tinggi termasuk eko- kulit dan fabrik yang diperindahkan dengan bahan-bahan bercetak, sulaman warna-warni, barang kemas dan logam. Butiran hias menghiasi tekstur indah FOLKTALE dengan butir-butir rincian Baroque seperti unggas, unsur-unsur cerita rakyat dan warna-warna tersendiri yang menjelmakan wanita biasa menjadi insan berjiwa bebas Bohemia yang sejati.
LYN menjemput anda untu menggabungpadankan maxi dress dan skirt bunga-bungaan dengan koleksi baru Musim Luruh/Sejuk FOLKTALE untuk melahirkan rupa gaya yang segar ceria pada pandangan mata dan membangkitkan kenangan riang ria.